cara masak sardin tin

Cara masak sardin tin dengan ‘baked beans’ ini pasti belum pernah dicuba oleh ramai orang. Namun, menu ini ada penggemarnya yang tersendiri.

Walaupun nampak macam pelik, sebenarnya ia sangat sedap. Tambah pula cicah dengan lempeng lembut, padu habis!

Jika ada yang tertanya-tanya apakah rasa hidangan ini, jom lihat resipi penuh di bawah untuk mengetahui cara penyediaannya.

Baca juga: Resipi Sardin Kicap Pedas, Rasa Lagi ‘Power’ Dari Masak Sambal!

CARA MASAK SARDIN TIN DENGAN BAKED BEANS

cara masak sardin tin

Bahan-bahan:

  • 1 tin sardin (saya guna tin kecil)
  • 1 tin baked beans (saya guna tin kecil)
  • 4 ulas bawang putih (mayang halus)
  • Bawang merah kecil (banyak-banyak, mayang tebal sikit)
  • 15 batang cili padi merah dan hijau campur warna (batang mayang untuk ditumis, yang selebihnya koyakkan sedikit untuk keluarkan pedas)
  • 2 sudu besar cili giling (jika suka)
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap manis
  • Daun bawang sedikit (mayang halus)
  • 4 biji tomato kecil (potong 4)
  • Garam, gula dan perasa (jika perlu)

Cara memasak:

  1. Goreng dahulu ikan sardin untuk hilangkan hanyir (hati-hati sebab ikan sardin akan meletup kuat).
  2. Tumis bawang putih, sedikit bawang merah dan cili padi yang telah diracik hingga wangi.
  3. Masukkan lebihan sos sardin, sos cili, sos tiram dan kicap. Tumis sebentar, kemudian masukkan baki bawang besar dan cili yang telah ditumis tadi. Seterusnya, masukkan baked beans. Gaul rata dan masukkan tomato. Masak seketika.
  4. Akhir sekali, masukkan ikan sardin yang telah digoreng dan daun bawang. Gaul rata dan siap untuk dihidangkan!

Sumber: Tina Zahra Zamanuddin

Baca juga: Asam Laksa Guna Sardin Tin Yang Kaww, Cara Mudah Tak Perlu Siang Ikan!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN