
Ramai yang mula buat persiapan untuk bulan Ramadan yang bakal tiba. Mulai sekarang, anda perlu sediakan beberapa jenis pes supaya mudah kerja memasak sepanjang bulan Ramadan.
Pes masakan adalah salah satu bahan paling penting di dapur. Maklumlah bulan Ramadan kena pandai bahagikan masa dan tenaga, jadi pes ini pasti akan membantu anda nanti.
Kali ini, kami senaraikan beberapa jenis pes wajib ada sebelum bermulanya bulan puasa. Bukan saja mudah digunakan, malah lebih jimat dengan cara ini. Jom kita tengok senarainya!
Baca juga: Tips Pilih Dan Cara Rendam Bihun Mengikut Jenis, Hasil Cukup Puas Hati!
9 JENIS PES WAJIB ADA SEBELUM BULAN PUASA
1. Pes bawang merah.

Cara-cara menyediakan:
- Kisar bawang merah mengikut kuantiti yang dimahukan.
- Masukkan dalam bekas buat ais batu.
- Bekukan beberapa jam dalam peti sejuk.
- Simpan dalam bekas bertutup.
2. Pes bawang putih campur halia kisar.

Cara-cara menyediakan:
- Kisar bawang putih bersama halia (ikut suka berapa banyak).
- Masukkan dalam bekas buat ais batu.
- Letak sedikit minyak masak supaya mudah pejal dan tak hancur.
- Bekukan beberapa jam dalam peti sejuk.
- Simpan dalam bekas bertutup.
3. Pes bawang putih.

Cara-cara menyediakan:
- Kisar bawang putih mengikut kuantiti yang dimahukan.
- Masukkan dalam bekas buat ais batu.
- Bekukan beberapa jam dalam peti sejuk.
- Simpan dalam bekas bertutup.
4. Pes halia.

Cara-cara menyediakan:
- Kisar halia (ikut suka nak berapa banyak).
- Masukkan dalam bekas buat ais batu.
- Bekukan beberapa jam dalam peti sejuk.
- Simpan dalam bekas bertutup.
5. Pes cili merah (cili boh).

Cara-cara menyediakan:
- Panaskan cili kering (1 paket), 2 bawang merah dan beberapa ulas bawang putih supaya lembut.
- Masukkan minyak masak dan garam sebagai perasa supaya tahan lama.
- Kisar sampai lumat.
- Simpan dalam bekas bertutup.
6. Pes sambal belado.

Cara-cara menyediakan:
- Kisar 6 bawang merah kecil, 1 bawang merah besar, 1 labu bawang putih, cili merah, cili padi supaya lebih pedas dan 1 biji tomato sampai lumat.
- Tumis dan masukkan serai, gula melaka, air asam jawa, sos tiram, sos plum, sos ikan, perasa dan garam.
- Masukkan dalam bekas buat ais batu.
- Bekukan beberapa jam dalam peti sejuk.
- Simpan dalam bekas bertutup.
7. Pes masak lemak cili api.

Cara-cara menyediakan:
- Kisar segenggam cili padi, cili hijau dan 5 kunyit hidup.
- Tumis dengan 2 serai yang ditumbuk supaya segarnya tahan lama.
- Masukkan dalam bekas buat ais batu.
- Bekukan beberapa jam dalam peti sejuk.
- Simpan dalam bekas bertutup.
8. Pes stok sambal (ibu sambal).

Cara-cara menyediakan:
- Guna lebihan pes bawang merah dan bawang putih, kemudian masukkan 3 sudu makan cili boh (letak lebih jika suka pedas).
- Tumis bersama gula Melaka, garam, perasa dan sekeping asam keping.
- Masukkan dalam bekas buat ais batu.
- Bekukan beberapa jam dalam peti sejuk.
- Simpan dalam bekas bertutup.
9. Pes asam pedas atau rendang.

Cara-cara menyediakan:
- Kisar 2 hingga 3 serai, 8 bawang merah, 5 labu bawang putih, halia sebesar ibu jari, 8 cili kering, ½ inci lengkuas, 2 sudu makan cili boh dan 2 hingga 3 kunyit hidup.
- Tumis bersama gula Melaka, garam, perasa dan sekeping asam keping.
- Masukkan dalam bekas buat ais batu.
- Bekukan beberapa jam dalam peti sejuk.
- Simpan dalam bekas bertutup.
Bekas buat ais memudahkan anda untuk memotong pes mengikut saiz yang diinginkan. Dengan menggunakan beberapa jenis pes ini, nak guna sampai raya pun boleh kerana ia tahan lama.
Selamat berpuasa!
Sumber: rumasafinaqi
Baca juga: 5 Jenis Santan Kotak Dan Kegunaannya, Kena Tahu Mana Yang Sesuai Untuk Masak Lebih Sedap
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














