Categories: Resipi

Kailan Goreng Rangup (Kailan Yin Yang), Sedap Menjilat Jari Dibuatnya!

Kailan goreng Rangup, atau juga dikenali sebagai kailan Yin Yang, merupakan hidangan yang berasal dari masakan Cina. Sayur ini sendiri adalah sejenis sayuran hijau yang serupa dengan brokoli.

Hidangan ini sering dipanggil “Yin Yang” kerana gabungan dua tekstur yang bertentangan: rangup di luar dan lembut di dalam.

Baca juga: Sayur Taugeh Tumis Sos Tiram, Lauk SIMPLE Tapi Bertambah Makan Dibuatnya!

Untuk membuat kailan goreng rangup, biasanya ia dipotong halus seperti bunga rampai kemudian digoreng dalam minyak panas sehingga bahagian luar sayur menjadi kering dan garing, manakala bahagian dalam kekal lembut.

Bahan-bahan yang digunakan untuk memasak kailan ini boleh berbeza-beza, tetapi secara amnya termasuk bawang putih, kicap, dan mungkin sedikit kicap untuk memberikan rasa yang enak dan masin. Ia memberikan gabungan lazat rasa segar sayur-sayuran dan tekstur rangup yang menarik.

Ikuti resipi penuh dari perkongsian Cik Puan Ana Suzana ini. 


RESIPI KAILAN GORENG RANGUP

Bahan-bahan:

Cara-cara memasak:

  1. Cuci kailan dan hiris nipis daunnya. Batang kailan di potong/hiris berasingan.
  2. Goreng daun kailan hingga garing (warna akan bertukar hijau gelap). Angkat
    dan toskan.
  3. Goreng ikan bilis hingga garing dan ketepikan.
  4. Gunakan sedikit minyak tadi untuk menumis bawang putih. Setelah naik baunya, masukkan batang kailan yang telah dipotong.
  5. Kemudian masukkan air sedikit, sos tiram dan garam sikit saje sebab sos tiram sudah masin.
  6. Angkat dan masukkan ke dalam mangkuk. Diatasnya, masukkan kailan yang digoreng tadi dan taburkan ikan bilis.

Selamat mencuba resipi sayur yang mudah dan sedap ini.

Sumber: Ana Suzana

Baca juga: Sayur Campur Cara SIMPLE, Campak-campak Dalam Kuali Dah Siap!

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Seaweed Pasta Viral, Spaghetti Sos Rumpai Laut Dengan Udang Yang Ramai Nak Cuba!

Seaweed pasta merupakan hidangan pasta yang menggabungkan rasa rumpai laut, bijan panggang dan keju Parmesan…

12 hours ago

Resipi Spageti Aglio Olio Udang, Tambah Sayur Berwarna-Warni Baru Lebih Menyelerakan!

Kalau dah bosan makan spageti dengan sos yang sama, apa kata cuba resipi spageti aglio…

13 hours ago

Resipi Kek Coklat Moist Bakar, Tak Perlu Kukus Pun Tetap Lembap & Gebu!

Kalau suka kek coklat yang lembap, gebu dan kaya dengan rasa coklat, resipi kek coklat…

14 hours ago

Pernah Bayangkan Wajah Anda Muncul Di Skrin Gergasi Kuala Lumpur? Big Tree Jadikannya Realiti!

Bayangkan wajah sendiri tiba-tiba muncul pada skrin digital gergasi di tengah Kuala Lumpur! Pengalaman unik…

16 hours ago

Agar Agar Cendol Santan Berlapis, Lemak Berkrim Dengan Manis Gula Melaka!

Kalau suka pencuci mulut tradisional, resipi agar agar cendol santan ini memang wajib dicuba! Gabungan…

18 hours ago

Resipi Daging Masak Hitam Berempah, Perap Dengan Rempah Sangai Barulah Lagi Wangi!

Daging masak hitam berempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau…

18 hours ago