
Baru-baru ini, tular di media sosial tentang petua semula jadi menggunakan buah pear untuk melegakan batuk. Ramai yang cuba petua buah pear untuk batuk itu rupanya berkesan.
Buah pear mempunyai kandungan air yang tinggi untuk membantu melembapkan saluran pernafasan dan mengurangkan rasa perit di tekak.
Selain itu, buah pear juga kaya dengan vitamin C, serat dan antioksidan yang bantu menguatkan sistem imun serta melawan keradangan dalam badan.
Petua ini dikongsikan oleh seorang pengguna di Threads melalui akaun @anyssa23___ dan ramai rasa lega apabila mengamalkan minuman tersebut. Jom kita tengok!
Baca juga: Badan Cepat Lesu & Mengantuk? Cuba Petua Minum Air Asam Kunyit Ini
PETUA BUAH PEAR UNTUK BATUK

Bahan-bahan:
- 1 biji buah pear (dipotong kecil, tak perlu buang kulit)
- 3 kuntum bunga cengkih
- 1 batang kayu manis
- Sedikit gula melaka (untuk rasa manis semula jadi)
- Air secukupnya
Cara-cara menyediakan:
- Didihkan air dalam periuk kecil.
- Masukkan bunga cengkih, kayu manis, dan gula melaka.
- Apabila air sudah mendidih, masukkan potongan buah pear.
- Rebus selama kira-kira 10 minit sampai buah pear sedikit lembut.
- Tutup api, biarkan suam dan boleh terus hirup air serta makan buahnya.

Kredit gambar: putrinajiha_ dari Threads
Tips tambahan:
- Amalkan 1 hingga 2 kali sehari semasa batuk masih berlarutan.
- Gunakan buah pear segar jenis Ya Li atau Shandong (pear China) kerana lebih berair dan lembut.
- Tambah sedikit madu apabila minuman sudah suam untuk kesan lebih baik.
- Sebaiknya buat baru setiap kali nak minum supaya rasa dan khasiatnya kekal segar.
Petua ini hanyalah cara semula jadi untuk membantu melegakan batuk ringan. Jika batuk berlarutan lebih dari dua minggu, disertai demam, kahak berdarah atau sesak nafas, segera dapatkan nasihat dan rawatan daripada doktor.
Semoga bermanfaat!
Kredit gambar muka depan: anyssa23___ & putrinajiha_ dari Threads
Sumber: anyssa23___
Baca juga: Nak Hilangkan Bau Badan & Kecilkan Perut, Cuba Petua Minum Air Limau Kasturi Madu Ini
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














