resepi air barli

Pernah rasa pedih semasa kencing atau rasa tak puas setiap kali membuang, anda mungkin menghadapi masalah kencing kotor dan tak lawas. Kalau nak tahu, ada satu petua semula jadi yang boleh diamalkan dengan resepi Air Barli.

Air Barli bukan saja menyegarkan, malah dikatakan membantu menyejukkan badan dan melancarkan sistem perkumuhan. Cara nak buat juga mudah, guna lima bahan saja.

Jika anda sedang mencari minuman yang bantu mengurangkan rasa tak selesa itu, boleh cuba resepi Air Barli yang dikongsikan oleh Azrina Ein di Facebook. Jom kita cuba!

Baca juga: Badan Cepat Lesu & Mengantuk? Cuba Petua Minum Air Asam Kunyit Ini

RESEPI AIR BARLI

resepi air barli

Bahan-bahan:

resepi air barli

Cara-cara buat:

  1. Mula-mula, rendam barli selama 5 minit untuk buang kotoran.
  2. Selepas itu, cuci barli sampai bersih.
  3. Kemudian, masukkan barli ke dalam periuk bersama air dan daun pandan.
  4. Seterusnya, masak sampai barli kembang.
  5. Apabila barli sudah mula lembut, masukkan kismis, gula batu dan gula kundur.
  6. Biarkan seketika sampai semua bahan larut dan air wangi.

Petua ini sudah lama diamalkan sejak dulu lagi kerana air barli dapat menyejukkan badan, membantu hidrasi, membuat aliran air kencing lebih lancar dan memberi rasa lega daripada ketidakselesaan ringan.

Namun jika sakit ketika kencing semakin teruk, berlarutan atau ada demam, perlu dapatkan rawatan kerana mungkin ada jangkitan.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Azrina Ein

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Petua Buah Pear Untuk Batuk Berpanjangan, Ringkas Tapi Kesan Cepat!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN