
Biasanya, orang akan menyimpan halia yang baru dibeli terus ke dalam peti sejuk. Namun, ada cara simpan halia tanpa peti sejuk dan hasilnya tetap segar walaupun berminggu-minggu.
Apabila beli halia, tak semua akan digunakan sekaligus. Anda pasti tinggalkan separuh dan simpan dalam peti sejuk, tapi selepas seminggu pasti nampak kecut, lembik atau berkulat.
Tariq Syahman telah kongsikan cara simpan halia tanpa guna peti sejuk langsung. Paling mengejutkan, halia itu masih segar macam baru beli walaupun sudah berminggu-minggu.
Baca juga: Cara Betul Simpan Serai Supaya Tak Kecut, Kekal Segar & Cantik Macam Baru Petik!
CARA SIMPAN HALIA

1. Mula-mula, sediakan bekas berisi sedikit tanah (guna jenis tanah untuk tanaman).
2. Selepas itu, letak halia dalam bekas berisi tanah itu dan timbuskan dengan sedikit tanah.
3. Seterusnya, letak saja dekat tepi tingkap dapur pada suhu bilik.
4. Apabila nak pakai, potong sedikit setakat mana yang mahu digunakan saja.
5. Selebihnya, biarkan saja halia dalam tanah tersebut.

Apabila menggunakan cara ini di rumah, anda akan dapati halia itu tak mengering, mengecut atau membusuk dengan cepat. Malahan, ia nampak segar seperti baru dibeli.
Tips ini sangat sesuai digunakan buat anda yang masak dalam kuantiti sedikit saja. Selain itu, anda boleh jimatkan ruang dalam peti sejuk di dapur juga.
Semoga bermanfaat!
Kredit gambar muka depan: Facebook Tariq Syahman, jcomp dari Freepik
Sumber: Tariq Syahman
Baca juga: Rahsia Simpan Bunga Kantan Agar Tak Berbirat Hitam, Kekal Segar & Cantik Macam Baru Petik!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














