Juadah air untuk buka puasa hari ini, jom buat jus nanas. Memang segar serta dapat legakan batuk tengah musim panas membahang ini.
Bukan itu sahaja, banyak khasiat dan kelebihan buah nanas ini. Antaranya ialah mengandungi vitamin C yang tinggi, membantu sistem percernaan, meningkatkan sistem imunisasi, meredakan cirit-birit dan banyak lagi.
Anda nak tahu info menarik di sebalik buah nanas ini?
Buah nanas dibawa ke Tanah Melayu pada zaman penjajahan Sepanyol pada abad ke-16. Pada awalnya, buah nanas ditanam secara komersial di Pekan Nanas, Johor dan bertindak sebagai pokok yang menghalang musuh di Bukit Nanas, Selangor.
Kini, negara kita telah menjadikan penanaman nanas sebagai salah satu tanaman komoditi dan merupakan penanaman ketiga tertinggi selepas buah pisang dan buah oren.
Penanaman nanas mendapat permintaan yang tinggi kerana nanas mempunyai sebatian aroma yang menarik perhatian dan nilai nutrisi yang tinggi juga harga yang berpatutan. Wow!
Baca juga: Air Katira Versi Simple, Resipi Dapat Lebih Dari 1.8k Shares, Sedap Diminum Sejuk Tau!
Anak-anak yang berusia dari 5 tahun ke atas memang bagus untuk konsum jus ini dalam diet minuman harian selain air masak.
Cara-cara penyediaannya juga tak renyah, tinggal masukkan dalam pengisar dan perah jusnya. Kemudian, nak lagi segar, boleh letak ais.
Jom ikuti resipi dari perkongsian Cik Puan Nurul Ateekah di laman Facebook. Memang mudah nak faham dengan perkongsiaan beliau ini.
RESIPI JUS NANAS CARA MUDAH
Bahan-bahan
- 5 buah nanas saiz sederhana – untuk 2 liter jus
- Mesin pengisar
- Kain napkin
- Ais
Cara-caranya:
1. Mula-mula, kopek kulit nanas dan buang hitam-hitamnya. Kemudian, potong keci untuk memudahkan pengisaran.
2. Masukkan kedalam mesin pengisar dan kisar sehingga buah keluarkan jus. Ambil kain napkin dan tapis jusnya sampai kering dan tinggal hampas.
3. Masakkan air jus tadi sehingga mendidih dan sejukkan. Dah sejukkan, boleh masukkan ke dalam bekas air.
4. Letak ais dalam cawan, siap diminum sejuk-sejuk!
Tak perlu letak gula dah. Memang dah manis isi buah nanas ini. Pastikan pilih buah nanas yang manis dan tak masam sangat. Kalau jusnya masam sangat, boleh campurkan dengan sedikit gula.
Selamat mencuba!
Baca juga: Air Laici Kang Cara Mudah Ini Dapat Lebih 2.8K Shares, Cukup Rasa Segar Dan Manisnya