kuetiau sup chinese style

Makan malam selalu tak tahu nak makan apa kan. Apa kata malam ni jom masak Kuetiau Sup Chinese Style yang sedap dan lazat ni.

Cara dan bahan yang digunakan juga sangat mudah dan tidak rumit. Sekejap je dah siap buat sebab tak perlu tumis lama.

Jom lihat resipi perkongsian oleh Cik Puan Farah di bawah. Selamat mencuba!

Resipi Kuetiau Sup Chinese Style

kuetiau sup chinese style

Bahan-bahan kuah:

  • Bawang putih 1 labu
  • Air
  • Fish ball
  • Fish cake
  • Sayur sawi
  • Kiub ayam – 1
  • Dada ayam/isi ayam

Cara-cara:

  1. Tumis bawang putih yang telah dicincang sehingga keperangan dan naik bau (tak nak tumis pun boleh, terus rebus je air)
  2. Kemudian masukkan air dalam [email protected] cawan besar, agak mengelegak masukkan kiub ayam dan isi ayam (ini sebagai tambahan)
  3. Masukkan fish ball, fish cake. Dah mendidih masukkan sayur sawi.
  4. Akhir sekali, masukkan garam dan serbuk perasa. (boleh jugak letak minyak bijan sikit, wangi je nanti)
  5. Isi ayam boleh keluarkan dan di carik-carikkan.

Resepi Minyak Bawang Putih

Bahan-bahan:

  • Bawang putih 1 labu (dipotong dadu)
  • Minyak secukupnya

Cara-cara:

  1. Tumis bawang putih hingga keperangan, pastikan minyak cukup, dah perang boleh angkat.

Resipi Cili Kicap

Bahan-bahan:

  • Kicap cair sikit
  • Kicap manis sikit
  • Minyak bijan sikit (jika ada)
  • Cili

Cara-cara:

  1. Satukan semua bahan. Siap!
  2. Nak buat sambal kicap cili potong pun boleh, ikut kesedapan sendiri.

Kuetiau macam biasa celur air panas. Selamat mencuba!

kuetiau sup chinese style

Kredit: Cik Puan Farah

Baca juga: Cara Buat Sup Telur Chinese Style Ala Menu Hotel