air laici kang

Nikmatnya kalau dapat minum air Laici Kang masa berbuka puasa nanti. Memang auto sejukkan tekak dan badan bila dah seharian menahan lapar dan dahaga.

Bagi penggemar air ini, jom ikuti cara mudah buat Laici Kang ini. Yang baru nak mencuba, sekali rasa mesti ketagih punya!

Laici kang ini banyak khasiatnya lagi-lagi untuk wanita. Antaranya ialah ia membantu memperbanyakkan susu badan kaum wanita. Jadi ibu muda yang ada masalah susu badan yang sikit boleh la amalkan minuman ini.

Baca juga: Brazilian Lemonade, Guna 4 Bahan Je, Memang Segar Tekak Ikut Resipi Viral Ini

Bukan itu sahaja, ia juga berkhasiat untuk mencegah osteoporosis dan anemia, membantutkan sel kanser, meningkatkan imun badan dan sebagainya. Ehh kalau nak cerita satu- satu tentang kebaikan air ni sampai esok pun tak habis. 

Resipi air ini telah dikongsikan sendiri oleh Encik Ariff Budiman Zainal Abidin di laman Facebook. Perkongsian beliau ini telah meraih sehingga 2.8K shares tau. Jom kita tengok cara-caranya.


RESIPI AIR LAICI KANG

air laici kang

Bahan-bahan: 

  • Barli – direbus
  • Getah Anggur 
  • Kundur
  • Biji Selasih
  • Kulat Kering
  • Kismis
  • Longan kering – rendam 5 minit 
  • Kembang semangkuk -rendam 3 jam
  • Kurma merah
  • Gula batu
  • Gula kabung

*kuantiti hanya agak-agak untuk sukatan seorang minum atau satu jug

Cara-cara penyediaan:

1. Panaskan periuk. Masukkan air secukupnya. Kemudian, masukkan gula kabung, gula batu, longan kering, getah anggur dan kulat kering. Biarkan seketika biar gula melaka cair.

2. Kemudian masukkan semua bahan dalam paket kecuali kacang shandong dan kismis. Dan masukkan daun pandan (jika suka).

3. Bila semua bahan mendidih, tutup api dan taburkan kacang semangkuk dan kismis.

4. Angkat dan tuangkan ke dalam gelas atau mangkuk.

5. Jika ingin dihidangkan sejuk, tuang laici kang ke dalam ais dan masukkan hiasan tambahan seperti laici, nata de coco dan puding berperisa buah.

6. Dan jika ingin diminum ketika panas tuangkan ke dalam cawan dan hirup perlahan.


Mudah dan ringkas! Dah boleh nikmati laici kang ini ketika panas atau sejuk mengikut kesukaan korang.

Selamat mencuba! 

Baca juga: Air Blue Lemonade, Minuman Yang Menyegarkan Ketika Ramadan, Ikut Resipi Mudah Ini

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN