Belum habis demam Donut Red Velvet, muncul pula resipi Donut Susu Minion yang gebu dan lembut sampai malam!
Diinspirasikan dari karakter watak dalam animasi filem minions yang sangat comel. Cara nak buat pun mudah je.
Jom sama-sama cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Fienaz Shafie di bawah ini. Semoga bermanfaat!
RESIPI DONUT SUSU MINION
Donut Minion viral by FienazShafie – nama ni anak-anak kak yang bagi. Ni Donut Susu Kuning. Hampa tau dia punya tekstur gebu macam kapas! Lembut dan bukan gebu donut angin tau memang terasa isi.
Macam tu lah semenjak musim donut viral ni kan. Makan pula time hujan-hujan fuh memamg layanzzz je. Nak buat tak susah kak guna breadmaker je campak semua bahan tinggal bentukkan je dah siap!
Bahan uli:
- 1 cawan tepung gandum
- 8 sb tepung high protein jepun (tepung roti)
- 1 biji telur gred A
- 1/2 sk baking powder
- 1/2 sk garam1sb gula kastor
- 1/4 cawan full cream milk (kak tak suka guna susu tepung sebab nak tekstur ala pastry kat oversea)
- 1sb Majerin – guna cap pelangi je
- 1sb K-fine cream super (wajib untuk gebukan terutama donut @ roti – kat shopee @ kedai bahan kek ada jual)
- Pewarna kuning – (kak guna pewarna gel base food colouring)
Cara membuat:
1. Campurkan semua bahan dalam bread maker. Set kan pada ‘Dough’.
2. Bila dah nampak doh terbentuk, titiskan pewarna. Kemudian selepas 1 jam 30 minit, stop dan keluarkan doh, masuk dalam mangkuk / besen kemudian tutup dengan plastic wrap.
3. Biar doh kembang penuh mangkuk lebih kurang 1 jam kemudian tumbuk doh keluarkan angin dan lenyekkan kemudian bahagikan doh dengan anggaran setiap doh 35g.
4. Kemudian bulatkan letak atas baking paper (tak perlu dan tabur tepung lagi sbb baking paper fungsinya supaya donut tak melekat senanng nak masak).
5. Lenyekkan doh kemudian lubangkan ditengah donut (kak guna besi yang deko icing cake je kalau tak ada guna la apa-apa janji ada lubang kat donut).
6. Tutup kejap donut dengan kain lebih kurang 15 minit bagi dia kembang. Kemudian baru goreng dengan api jangan kuat sangat dan jangan perlahan sangat, sederhana sahaja yang penting jangan sampai donut makan minyak.
7. Kemudian angkat, bila donut dah suam sikit baru salut dengan gula icinng + susu tepung (susu tepung optional). Macam resipi ni tak campur susu tepung sebab tak berapa suka, guna gula icing sahaja.
NOTA PENTING: Kalau adunan lembik, tambah tepung kalau keras tambah susu. Pastikan adunan tak lekat di tangan dan elastik.
Selamat mencuba!