Categories: Makan Sini Best

5 Jenis Nasi Lemak Popular Di Malaysia, No. 3 Tu Paling ‘Rare’ & Pernah Viral!

Nasi lemak bukan saja sarapan kegemaran rakyat Malaysia, malah boleh dinikmati tak kira masa. Selain versi biasa, ada jenis nasi lemak lain yang wajib anda cuba sekali seumur hidup.

Daripada klasik sampai yang penuh warna-warni, variasi nasi lemak kini semakin dapat tempat di hati peminat makanan tempatan. Jadi, mana satu yang anda suka makan? Jom kita tengok senarainya!

Baca juga: Dari Beras Sampai Ke Sambal, Ini Panduan & Tips Lengkap Masak Nasi Lemak Yang Sedap!

5 JENIS NASI LEMAK YANG POPULAR DI MALAYSIA

1. NASI LEMAK BIASA ATAU BERLAUK.

Kredit gambar: freepik dari Freepik

Inilah nasi lemak paling klasik dan ikonik di Malaysia. Nasi dimasak bersama santan dan daun pandan serta dihidangkan bersama sambal, telur rebus, kacang tanah, ikan bilis dan timun.

Selain itu, nasi lemak juga boleh ditambah lauk seperti sambal sotong, ayam goreng berempah, paru, rendang atau sambal kerang menjadikannya lebih mengenyangkan.

2. NASI LEMAK PANDAN.

Kredit gambar: Facebook Zulkifli Mat

Bukan saja wangi, malah warna hijau semula jadi daripada jus daun pandan menjadikan nasi lemak ini menarik perhatian. Biasanya, ia mempunyai rasa yang lembut dan sedikit manis.

Nasi lemak ini sering menjadi pilihan buat mereka yang sukakan hidangan lebih wangi dan estetik, jadi ia boleh dipadankan denagn sambal dan lauk ringkas seperti ayam goreng.

3. NASI LEMAK STRAWBERRY.

Kredit gambar: Facebook Nurhayati Maleq

Jika anda bercuti ke Cameron Highlands, wajib cuba nasi lemak ini. Ia dimasak bersama puri atau esen strawberry asli, memberi warna merah jambu lembut serta aroma buah yang unik.

Dengar macam pelik, tapi kombinasi rasa manis buah dan sambal pedas menciptakan rasa menarik. Oleh sebab itu, ramai kata ini nasi lemak viral dan wajib dicuba.

4. NASI LEMAK KUNING.

Kredit gambar: Facebook Ninie Zaini

Keunikan nasi lemak ini adalah pada warna kuning daripada kunyit atau serbuk kari. Siapa sangka, ia cukup popular di kawasan utara Semenanjung Malaysia seperti Kedah dan Perlis.

Jika ditanya pada rasanya, sedikit berbeza dengan nasi lemak biasa kerana adanya rasa rempah yang lebih kuat. Apabila makan dengan ayam masak merah, memang padu habis.

5. NASI LEMAK BUNGA TELANG.

Kredit gambar: Facebook Nizam Ali

Dikenali dengan warna biru keunguan yang menawan, nasi lemak ini menggunakan pewarna semula jadi daripada bunga telang. Bukan saja cantik, malah sering dikaitkan dengan manfaat kesihatan.

Rakyat Malaysia memang kreatif soal makanan dari resipi warisan ke inovasi moden, jadi tak hairanlah nasi lemak terus berevolusi tanpa meninggalkan identiti asalnya.

Bermula Ogos hingga September ini, MyResipi menganjurkan kempen Makan Sini Best bagi mengetengahkan nasi lemak terbaik di sekitar Lembah Klang. Pilihan rakyat, bukan pengkritik.

Calonkan dan undi nasi lemak kegemaran anda di www.myresipi.com/makansinibest dan saksikan siapa yang bakal dinobatkan sebagai juara nasi lemak pilihan rakyat.

Jangan lupa juga untuk hadir ke acara kemuncak pada 9 October 2025 dan jadi antara 100 pengunjung terawal yang berpeluang menikmati nasi lemak percuma serta produk tajaan eksklusif!

Semoga bermanfaat!

Sumber: Mamanurin

Baca juga: 10 Pilihan Sambal Yang Orang Malaysia Suka Makan Dengan Nasi Lemak, Semuanya Sedap Belaka!

Aimi

Recent Posts

Resipi Rice Pudding Arab Yang Lembut Berkrim, Makan Sejuk-Sejuk Memang Nikmat!

Jom cuba buat rice pudding atau dalam bahasa Arab dikenali sebagai Ruz Bil Laban. Pencuci…

49 mins ago

Cara Mudah Masak Pulut, 5 Langkah Ini Buat Pulut Lembut & Jadi Cantik Sebutir-Sebutir

Nak cari cara mudah masak pulut yang tak memerlukan banyak langkah? Teknik yang dikongsikan oleh…

2 hours ago

Resipi Udang Butter Nestum Rangup & Wangi Semerbak, Ratah Begitu Saja Pun Sedap!

Kalau suka hidangan udang yang rangup dengan salutan berlemak dan wangi, udang butter nestum ini…

2 hours ago

Rupanya Ayam Pun Sedap Dibuat Kengsom, Kuah Masam Pedas Memang Ngam Dengan Nasi Panas!

Ayam masak kengsom mungkin tidak seperti versi ikan, tetapi lauk ini memang menarik untuk dicuba.…

2 hours ago

Kek Carrot Cream Cheese Ini Pernah Dijual RM60, Ramai Kata Harga Patut Lebih Tinggi

Kek carrot cream cheese homemade ini pernah dijual pada harga RM60 untuk saiz 9 inci.…

2 hours ago

Resepi Asam Tumis Utara, Kuah Masam Pedas & Wangi Bukan Main Lagi!

Kalau suka lauk yang masam, pedas dan cukup membangkitkan selera, resepi Asam Tumis Utara ini…

4 hours ago