Categories: Makan Sini Best

Jom Raikan Nasi Lemak Saleha, Nasi Lemak Paling Best di Lembah Klang!

Kalau sebut nasi lemak, mesti ramai ada tempat “favourite” masing-masing kan? Tapi untuk tahun ini, rakyat Malaysia nampaknya dah sepakat, hanya Nasi Lemak Saleha adalah Nasi Lemak Paling Best antara semua! 😍

Ini dibuktikan dalam kempen Makan Sini Best anjuran MyResipi yang berlangsung sejak Ogos lalu.

Kempen ini menerima lebih daripada 200 pencalonan daripada pengikut MyResipi yang menamakan nasi lemak kegemaran mereka di sekitar Lembah Klang.

Daripada semua pencalonan tersebut, hanya lima jenama nasi lemak berjaya mara ke peringkat undian iaitu Nasi Lemak Yam Yam, Nasi Lemak Saleha, Nasi Lemak Village Park, Nasi Lemak Tamparuli dan Nasi Lemak Tok Ami.

Hasil undian komuniti MyResipi sepanjang bulan September, keputusan akhirnya menunjukkan:

Jelas sekali, penggemar nasi lemak tahu yang mana satu betul-betul “kena” dengan selera rakyat Malaysia!

Nasi Lemak Paling Best Ikut Resipi Tradisi

Bagi mereka yang pernah singgah ke cawangan Nasi Lemak Saleha di Ampang atau Sri Rampai, pasti tahu kenapa nasi lemak ni begitu digemari ramai.

Setiap suapan penuh dengan rasa klasik. Nasi yang lembut, berlemak dan wangi santan segar, digandingkan dengan sambal tumis pedas manis yang seimbang dan tidak terlalu berminyak.

Ayam goreng berempahnya pula antara tarikan utama. Luar rangup, dalam lembut dan juicy, cukup untuk buat siapa pun tambah nasi tanpa sedar!

Dihidangkan bersama timun segar, kacang dan ikan bilis rangup, lengkaplah satu hidangan yang memuaskan dari segi rasa dan tekstur.

Keistimewaan Nasi Lemak Saleha bukan sekadar pada bahan atau cara masak, tetapi juga pada sentuhan kasih sayang dalam resipi turun-temurun keluarga Saleha yang sudah lebih 30 tahun bertahan.

Setiap pinggan disediakan dengan penuh teliti agar rasa kekal konsisten.

Sebab itulah pelanggan setia sentiasa datang semula dan yang pertama kali mencuba pasti terus jatuh cinta. ❤️

Kempen “Makan Sini Best”: Suara Penggemar Tentukan Juara!

Kempen Makan Sini Best dianjurkan oleh MyResipi untuk mencari nasi lemak terbaik di Lembah Klang dan pemenangnya ditentukan sepenuhnya oleh komuniti makanan sendiri.

Lima calon terpilih iaitu Nasi Lemak Saleha, Nasi Lemak Tok Ami, Nasi Lemak Yam Yam, Nasi Lemak Village Park dan Nasi Lemak Tamparuli telah mencetuskan perbincangan hangat di media sosial, dengan ribuan undian diterima daripada para pengikut MyResipi.

Tujuan kempen ini bukan sekadar untuk mencari pemenang, tetapi juga untuk mengangkat warisan dan kepelbagaian budaya nasi lemak Malaysia daripada resepi tradisional yang dikukus dengan santan asli, hinggalah versi moden yang kreatif dan penuh inovasi.

Kemenangan Nasi Lemak Saleha kali ini membuktikan bahawa rasa asli dan tradisi tempatan masih dekat di hati rakyat Malaysia.

Raikan Nasi Lemak Paling Best di Acara “Makan Sini Best”!

Untuk meraikan kejayaan ini, MyResipi menjemput semua peminat nasi lemak hadir ke acara Makan Sini Best yang akan berlangsung seperti berikut:

📅 Khamis, 9 Oktober 2025
📍 Nasi Lemak Saleha (Ampang), Jalan Pandan Prima 1, Dataran Pandan Prima, 55100 Kuala Lumpur
🕘 10:00 pagi – 12:30 tengah hari

Acara ini menjanjikan suasana yang meriah dengan 100 set nasi lemak percuma untuk pengunjung terawal, minuman daripada ZUS Coffee serta produk istimewa daripada Sunshine Bakeries Sdn. Bhd.

Lebih menarik lagi, 30 pengikut MyResipi terawal yang mendaftar akan menjadi tetamu eksklusif.

Mereka berpeluang menikmati tempat duduk khas sepanjang majlis, menyaksikan penyampaian plak kepada pemenang, serta menyertai cabutan bertuah eksklusif dengan hadiah utama berupa LE NONA Tropical Orchid Tableware Set bernilai RM299!

Daftar sekarang untuk menyertai acara di SINI dan jom sama-sama raikan juara nasi lemak sebenar bersama MyResipi!

Satu Pinggan, Seribu Kenangan

Kemenangan Nasi Lemak Saleha bukan sekadar angka undi, ia bukti bahawa citarasa klasik Malaysia tetap relevan walau zaman berubah.

Dalam dunia makanan yang semakin moden, Nasi Lemak Saleha terus mempertahankan identiti nasi lemak sebenar: sederhana, penuh rasa, dan penuh jiwa.

Jadi, kalau anda belum pernah cuba… inilah masa yang paling sesuai untuk rasai sendiri kenapa Nasi Lemak Saleha dinobatkan sebagai Nasi Lemak Paling Best di Lembah Klang!

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Makan Sini Best, layari www.myresipi.com/makansinibest

Shaifullah

Recent Posts

Resipi Dumpling Ayam Kukus, Inti Lembut Berjus Cicah Pula Sos Thai Memang Mantap!

Resipi dumpling ayam kukus ini sesuai untuk sesiapa yang teringin menikmati dumpling homemade dengan inti…

2 hours ago

Resipi Mini Burnt Cheesecake 7 Bahan Jadi Keperangan Elok Ala Bakeri, Saiz Kecil Tapi Padu Berkrim!

Resepi mini burnt cheesecake ini sesuai dijadikan pencuci mulut untuk keluarga atau tetamu. Saiznya yang…

3 hours ago

Resepi Ayam Masak Padang Tanpa Santan, Kuah Pekat Dengan Rasa Rempah Pedas Masam!

Resepi ayam masak padang sesuai dicuba bagi penggemar lauk berempah yang kaya dengan rasa dan…

4 hours ago

Resipi Ayam Masak Cili Api Pedas Menyengat… Menu Makan Malam ‘Anti-Diet’, Memang Tak Cukup!

Ayam masak cili api antara menu makan malam yang sesuai untuk penggemar hidangan pedas. Rasa…

23 hours ago

Cara Rebus Kupang Tanpa Air & Garam, Letak 3 Bahan Ini Kalau Nak Lagi Harum.. Sedapnya Ratah!

Cara rebus kupang sebenarnya mudah dan tak memerlukan banyak bahan. Tak perlu tambah air atau…

23 hours ago

Resipi Kek Marble Kopi Yang Buat Harum Satu Rumah, Tak Sabar Nak Potong Bila Dah Siap Bakar!

Kek marble kopi antara pilihan menarik untuk hidangan minum petang. Gabungan adunan kek biasa dengan…

24 hours ago