Categories: Resipi

Resipi Akok Kedut, Rasa Mewah Dengan Telur Tapi Tak Hanyir Langsung!

Kuih akok kedut merupakan sejenis kuih tradisional yang berasal dari negeri Kelantan dan mempunyai ramai peminat.

Bukan sahaja penduduk Kelantan, malah ramai juga dari negeri-negeri lain yang menggemarinya.

Resipi ini menggunakan sukatan gula yang tidak terlalu manis, jadi anda boleh sesuaikan tahap kemanisan mengikut cita rasa sendiri.

Cara penyediaannya juga sangat mudah, hanya perlu satukan semua bahan dan kisar menggunakan blender sahaja!

Baca juga: Cara Buat Kuih Lengat Pisang Kukus, Kuih Tradisional Lama Yang Jarang Orang Tahu

RESEPI KUIH AKOK KEDUT

Bahan-bahan:

  • 7 biji telur gred A
  • 250 gram santan (santan kotak + air)
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan air
  • 100 gram gula melaka (jika suka manis, boleh tambah 1 sudu gula)
  • Secubit garam
  • 3 helai daun pandan (gunting)

Cara-cara:

  1. Kisar gula melaka, air dan daun pandan hingga hancur. Tapis dan tuang semula ke dalam pengisar.
  2. Kisar sekali lagi air gula melaka tadi bersama semua bahan lain sehingga betul-betul kembang.
  3. Sementara itu, panaskan oven pada suhu 180°C selama 15 minit.
  4. Griskan muffin tray atau acuan akok dengan sedikit minyak, dan masukkan ke dalam oven seketika hingga tray menjadi panas.
  5. Keluarkan acuan dan tuang adunan sehingga ¾ penuh sahaja.
  6. Bakar selama 18 hingga 20 minit atau sehingga masak. Jika suka tekstur yang sedikit garing, boleh bakar lebih lama.
  7. Jangan risau jika akok nampak mengembang ketika dibakar, ia akan mengecut selepas dikeluarkan dari oven.

Sumber: Lily SyaziLiff

Baca juga: Resipi Kuih Kayu Keramat Rangup Di Luar & Lembut Di Dalam, Sedap Cicah Kopi Panas!

Wan N

Recent Posts

Petua Buang Angin Dalam Badan Guna Bawang Putih & Halia, Hanya Bancuh Dengan Air Panas!

Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…

2 days ago

Puding Biskut Cream Cracker Guna 3 Bahan, Tak Sangka Semudah Ini Tanpa Guna Oven!

Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…

2 days ago

Kailan Ikan Masin Ala Kedai Thai, Ikan Tenggiri Jeruk & Cili Padi Beri Rasa Lebih Kaw!

Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…

2 days ago

Cara Simpan Pisang Banyak-Banyak Sekali Gus, Rupanya Ini Petua Mudah Elak Cepat Rosak!

Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…

2 days ago

Resepi Kek Coklat Moist Sukatan Cawan, Kukus Atau Bakar Kedua-Duanya Menjadi!

Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…

2 days ago

Daging Masak Rempah Dengan Kuah Pekat, Gabungan Kicap Dan Rempah Ini Memang Padu!

Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…

2 days ago