Tahukah anda, terdapat pelbagai jenis buah tomato yang berbeza dari segi bentuk, warna dan rasa. Selain itu, tidak semua tomato itu masam kerana ada juga yang manis.
Jika ada yang tidak tahu, jom MyResipi kongsikan 10 jenis buah tomato yang terkenal di seluruh dunia.
Baca juga: Rupanya Ini Jenis Buah & Sayur Yang Boleh Makan Tanpa Kupas, Baru Tak Membazir!
10 JENIS BUAH TOMATO DAN KEGUNAAN DALAM MASAKAN
Berikut adalah penerangan ringkas tentang jenis-jenis tomato dalam ayat yang mudah difahami:
1. Tomato Ceri
Tomato yang berbentuk kecil, bulat dan manis ini dinamakan ‘ceri’ kerana bentuknya yang seakan sama dengan buah ceri.
Ia biasanya berwarna merah, namun ada juga berwarna kuning, oren, hijau dan hitam.
Rasanya yang manis menjadikan ia pilih terbaik untuk hidangan salad, taburan pizza, dipanggang atau dijadikan sos.
2. Tomato Campari
Tomato ini bersaiz sederhana, manis dan berjus. Ia sedap dimakan begitu sahaja sebagai hiasan di dalam salad, atau boleh juga diolah menjadi sup tomato, sos dan jem.
3. Tomato Hijau
Terdapat dua jenis tomato hijau. Pertama, tomato merah yang belum masak. Kedua, tomato yang memang hijau.
Tomato hijau ini memang sengaja dituai sebelum ia masak kerana ia lebih tahan terhadap masakan yang bersuhu tinggi.
Jenis tomato ini juga kurang berair dan ada rasa masam. Selain dimasak, ia juga sesuai dijadikan jeruk.
4. Tomato Roma
Tomato yang berbentuk lonjong dan bersaiz kecil ini juga dikenali sebagai tomato plum. Kulitnya tebal, isi padat dan kurang berair. Sesuai untuk membuat sos, pes atau rebusan.
5. Tomato Anggur
Tomato anggur ini berbentuk bujur seperti anggur. Ia juga mempunyai pelbagai warna seperti kuning, merah dan oren.
Saiznya yang kecil dan manisca menjadikannya sesuai untuk snek, hiasan dalam salad atau penambah rasa dalam pasta.
6. Tomato Globe
Tomato globe yang berbentuk bulat dan bersaiz besar ini terkenal dengan kulitnya yang tebal, gebu, merah dan berjus.
Ia sering digunakan dalam salad, burger dan sandwic. Selain itu, boleh juga dijadikan sos dan dicincang halus menjadi salsa.
7. Tomato Pir
Tomato ini berbentuk seperti pir dan biasanya berwarna merah. Namun, kadang-kadang berwarna kuning atau oren.
Rasanya manis, masam dan berair menjadikannya sesuai untuk salad atau dimakan mentah.
8. Tomato Currant
Tomato ini jauh lebih kecil berbanding tomato ceri. Biasanya ia berwarna merah atau kuning. Rasanya sangat manis dan sesuai digunakan sebagai hiasan atau snek.
9. Tomato Heirloom
Tomato ini datang dengan pelbagai bentuk dan warna. Rasanya pula bergantung pada iklim negara yang ditanam.
Ia juga lebih mahal dan lebih rapuh berbanding tomato yang lain. Sesuai dimakan begitu sahaja atau dijadikan menu sampingan.
Ada juga yang menggunakan jenis tomato ini untuk membuat sos.
10. Tomato Beefsteak
Jenis tomato ini agak berair dan berisi. Namun, isinya padat dan mempunyai rasa yang klasik. Sesuai untuk burger, sandwic, atau digunakan dalam masakan yang memerlukan tomato besar.
Sumber: UtusanTV
Baca juga: 13 Jenis Makanan Rendah Kalori, Boleh Makan Tanpa Risau Gemuk!