Biskut Bangkit Nyonya

Biskut Bangkit Nyonya merupakan kuih raya tradisional yang sangat disukai ramai. Ia mempunyai tekstur yang rangup di luar dan cair bila dikunyah.

Kebiasaannya, biskut bangkit akan dibuat bila tiba hari raya. Ianya akan dihidangkan kepada tetamu yang datang. Biskut ini sering menjadi perhatian ramai dan ramai yang menjualnya secara online.

Baca juga: Biskut Sampan Kuih Raya ‘Lejen’, Wanita Ini Kongsi Resipi Orang Lama Di Sini

Walaupun tidak menyambut hari raya, tetapi kuih ini memang menjadi kesukaan anak-anak. Dan sering menjadi kudapan mereka dirumah. Rasanya yang manis ini memang cukup menarik hati peminat biskut ini.

Resipi kuih raya ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Mawar Wilsa. Sudah pasti ramai yang ingin mencuba biskut ini dirumahkan. Buat sendiri dirumah lebih puas hati tau. Buat banyak mana pun boleh.


RESIPI BISKUT BANGKIT NYONYA

biskut bangkit nyonya

Bahan-bahan: 

  • 350 gm tepung ubi (disangai dulu)
  • 150 gm icing gula
  • 20 gm butter – 2 sudu kecil
  • 1 biji kuning telur
  • 130 gm santan pekat 
  • 1/8 baking powder
  • 50 gm santan pekat – untuk kegunaan sekiranya doh agak keras

Cara-cara membuatnya: 

1. Satukan icing + butter + kuning telur dan kacau bahan-bahan ini guna whisker atau mixer.

2. Masukkan santan dan gaul sebati.

3. Masukkan tepung yang dicampur dengan baking powder tadi.biskut bangkit nyonyabiskut bangkit nyonya

4. Masukkan sikit demi sikit hingga menjadi doh.

5. Terap dan bakar suhu 160°c 20-25 minit atau hingga masak. Mengikut oven masing-masing.

6. Sejukkan biskut selepas dibakar dan boleh disimpan didalam balang kuih raya!


Nota: 

  • Boleh juga gunakan sagu rumbia.
  • Sangai tepung ubi dlm kuali api perlahan selama 10 minit..saya panaskan dlm oven suhu 150°c 30 minit. Sejukkan dan ayak baru timbang bersama baking powder.
  • Jika diuli doh agak keras, boleh tambah 1 camca teh santan pekat (dari 50 g yang diasingkan tadi).
  • Jangan dedah doh pd udara kerana mudah kering.
  • Jika tak pasti dah masak ke belum lihat bawahnya keperangan sikit dan tandanya dah cukup masak.

Siap! Dah siap nanti rasanya tak sempat nak masuk balang kot, mesti masuk mulut dulu. Kalau jual time raya memang laku keras biskut ni.

Lagi rangup, lagi sedap biskut ni. Bila kunyah sekali memang tak sedar boleh habis sebalang. Memang ramai peminat biskut ni sehinggakan ada je yang sanggup beli berbalang-balang di luar sana.

Selamat mencuba!

Baca juga: Kuih Ulat Bulu Inti Kacang Merah, Resipi Cara Orang Lama, Jom Buat!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN