jenis buah

Rupanya ada jenis buah-buahan dan sayur-sayuran yang boleh dimakan begitu sahaja tanpa perlu mengupas kulitnya.

Sebelum kita mengetahui apakah jenis buah dan sayur tersebut, mari ketahui apakah khasiat dan  kedua-dua makanan ini untuk kesihatan tubuh badan jika dimakan setiap hari.

Menurut kajian, pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang tinggi boleh mengurangkan risiko diabetes, penyakit jantung, kanser dan penyakit kronik lain.

Oleh itu, anda perlu memperbanyakkan pengambilan kedua-keduanya untuk mendapatkan manfaatnya.

Berbalik kepada apakah jenis buah dan sayuran yang boleh dimakan, mari kita baca dengan lebih lanjut seperti yang dikongsikan di bawah.

Baca juga: 15 Khasiat Air Rebusan Nanas, Minum Hari-Hari Akan Nampak Kesannya!

JENIS BUAH DAN SAYUR YANG BOLEH MAKAN TANPA KUPAS

1) Timun

Tahukah anda, kebanyakan nutrien timun berada di bahagian kulit. Dalam kulit timun mengandungi kalium yang membantu mengawal tekanan darah.

Selain itu, timun juga mempunyai vitamin K yang dapat menyokong kesihatan tulang dan membantu proses pembekuan darah.

2) Ubi kentang

Kulit kentang mengandungi serat, vitamin B, vitamin C, kalium, kalsium dan zat besi. Jika bahagian kulit ini dibuang, khasiat yang diperolehi tentunya berkurangan.

Sebaiknya, kentang hanya perlu dibasuh dan bilas kulit kentang sehingga bersih sebelum dimasak tanpa membuang kulitnya.

3) Terung

Kulit terung yang berwarna lebih gelap mempunyai khasiat yang lebih tinggi. Terung tersebut adalah seperti terung ungu.

Bahagian kulit yang gelap mengandungi antioksidan kuat yang dipanggil nasunin. Nasunin boleh membantu mencegah kerosakan sel dalam badan.

4) Buah Kiwi

Tidak dinafikan kulit buah ini terasa kasar tapi siapa sangka rupanya kulit tersebut mengandungi banyak khasiat.

Kulit buah kiwi mengandungi antioksidan dan vitamin C. Jika diambil dengan kerap, boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit kronik.

5) Buah Pic

Buah pic adalah buah yang tidak perlu dikupas. Kulitnya mengandungi serat, vitamin A dan antioksidan yang baik untuk kesihatan mata anda.

6) Buah Epal

Pada kulit epal terdapat banyak serat yang penting untuk sistem penghadaman. Apa yang lebih menarik, kandungan serat dan vitamin lebih banyak ditemui dalam kulit berbanding dalam isi epal.

Selain boleh melancarkan sistem penghadaman, serat di dalam buah epal juga boleh menghalang pembentukan plak dalam saluran pembuluh darah.

Sumber: mStar

Baca juga: Khasiat Terung Pipit Yang Ramai Tak Tahu, Salah Satunya Boleh Cegah Penyakit Darah Tinggi!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN