PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2020-09-28 04:06:03

Tiap kali tiba waktu hi-tea, pasti anda akan dijamukan dengan pelbagai jenis kuih-muih ataupun pastri yang pelbagai. Apa kata kali ini, anda cuba hidang menu yang sedikit berlainan iaitu Tortilla Wrap, hanya memerlukan tiga bahan dan langkah yang mudah, pasti anda tak terkejar-kejar nak siapkan juadah untuk makan petang anda!

Bahan-bahan :

– Tortilla

– Tomato Puree

– Chicken Ham/Sosej/Daging Burger

– Mozarella Cheese

Cara-cara :

1. Potong tortilla kepada dua bahagian.

2. Sapu rata tomato puree di atas permukaan tortilla.

3. Masukkan chicken ham/sosej/daging burger.

4. Tabur mozarella cheese di atas permukaan tortilla.

5. Gulung tortilla mengikut saiz yang anda inginkan.

6. Bakar tortilla disuhu 180c dalam 10 hingga ke 15 minit.

Tortilla siap untuk dihidang dan dimakan!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending