nasi ayam hainan resepi

Jom cuba nasi ayam Hainan resepi mudah yang kami kongsikan ini. Ia hidangan yang cukup ringkas tapi sungguh menyelerakan.

Bahan-bahannya senang dicari, cara masaknya pun tak renyah. Resipi ini memang sesuai untuk yang baru belajar masak. Jom cuba!

Baca juga: Resipi Ayam Goreng Crispy Guna 3 Bahan, Rangup Macam Beli Dekat Kedai!

NASI AYAM HAINAN RESEPI MUDAH

nasi ayam hainan resepi

RESEPI SUP

nasi ayam hainan resepi

Bahan-bahan:

  • Halia seketul (hiris atau ketuk)
  • 1 batang serai (kerat 2 dan ketuk)
  • 2 pokok daun bawang
  • 3 ulas bawang putih (ketuk saja)
  • Minyak bijan
  • Ayam
  • Stok ayam atau kiub kari ayam
  • Garam
  • Ajinomoto (sedikit)
  • Air secukupnya

Cara memasak sup:

  1. Tumis halia dan serai hingga naik bau wangi. Setelah itu, masukkan air, ayam dan semua bahan di atas. Biarkan mendidih sehingga ayam masak.
  2. Apabila ayam dah masak, keluarkan ayam dan rendam dalam air sejuk selama 10 minit. Kemudian angkat dan ketepikan.
  3. Untuk sup, buang serai dan seimbangkan rasa. Bila sudah sedap, taburkan daun bawang dan bawang goreng di atas sup. Siap!

RESEPI NASI

Bahan-bahan:

  • Beras (basuh dan rendam selama 45 minit)

Bahan lain:

  • 1 helai daun pandan (disimpul)
  • 1 batang serai (di ketuk dan belah dua)
  • Lemak ayam sedikit
  • Sup ayam
  • Halia (dihiris sedikit)
  • 1 sudu kecil minyak bawang putih
  • Buttercup untuk menumis

Cara memasak nasi:

  1. Masukkan buttercup dan minyak bawang putih dalam periuk.
  2. Tumis daun pandan, lemak ayam, serai dan halia hingga naik bau wangi. Kemudian, masukkan beras dan sup ayam. Seimbangkan rasa dan masak seperti biasa. Siap!

RESEPI KICAP

Bahan-bahan:

  • Sup ayam
  • Kicap cair (sedikit)
  • Kicap kipas udang (sedikit)
  • Kicap pekat (sedikit)

Cara memasak kicap:

  1. Campurkan semua bahan di atas dan seimbangkan rasa. Jika ingin kicap lebih likat, boleh tambah sedikit tepung jagung. Siap!

RESEPI SAMBAL

Bahan A (Kisar semua):

  • Bawang putih
  • Halia (sedikit)
  • Cili padi merah
  • Cili besar merah
  • Gula & garam
  • Air sedikit untuk kisar halus

Cara memasak sambal:

  1. Kisar semua bahan A.
  2. Perahkan air limau nipis dan tambah sedikit stok ayam. Jika suka, boleh tukar dengan cuka. Siap!

Bahan hiasan (Mengikut pilihan masing-masing):

  • Timun
  • Tomato
  • Salad

Sumber: Cik Puan Asrah Ali

Baca juga: Resipi Sup Ayam Siam, Rasa Masam-Masam Pedas Yang Pasti Menggoda!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN