ikan siakap masak taucu

Ikan siakap masak taucu, masakan yang cukup mudah dan menyelerakan buat penggemar ikan siakap.

Bagi sesiapa yang tak tahu apakah itu taucu, ia adalah makanan yang berasal dari China dan sangat popular dalam kalangan masyarakat Indonesia.

Taucu diperbuat daripada kacang soya yang diperap bersama garam dan bahan-bahan lain dalam tempoh masa tertentu.

Taucu juga dipercayai dapat menjadi penambah rasa makanan, sekaligus meningkatkan selera makan. Rasanya yang masin dan lemak dari kacang soya sangat unik!

Cara memasaknya juga cukup mudah. Pertama sekali, goreng ikan siakap sehingga garing dan masak kuah taucu berasingan. Kemudian, satukan kuah masak taucu serta ikan siakap.

Baca juga: Masak Ikan Keli Guna Air Fryer, Hasilnya Garing Di Luar & ‘Moist’ Di Dalam!

RESIPI IKAN SIAKAP MASAK TAUCU

Bahan-bahan:

  • Ikan siakap
  • 1/2 batang kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • Halia
  • 1 cawan air kosong
  • 4 sudu besar taucu kasar
  • 2 sudu besar cuka
  • 1/2 cawan air kosong
  • 3 biji bawang besar
  • 4 biji cili hijau besar
  • 1 sudu besar gula putih

Cara-cara:

1. Potong ikan siakap kepada 4/5 ketul dan digoreng garing.

2. Tumis 1/2 batang kulit kayu manis, 3 kuntum bunga lawang dan halia hiris. Tumis sehingga keluar bau wanginya.

3. Masukkan 1 cawan air kosong, biar ia menggelegak.

4. Apabila air dah menggelegak, masukkan 4 sudu besar taucu kasar dan 2 sudu besar cuka.

5. Tambah 1/2 cawan air kosong dan dah boleh masukkan 3 biji bawang besar serta 4 biji cili hijau besar.

6. Biar ia mereneh sekejap, kemudian masukkan 1 sudu besar gula putih. Tak perlu letak garam sebab taucu tu dah masin.

7. Kacau rata. Kemudian letakkan ikan siakap yang sudah digoreng tadi ke dalam kuah tauc. Jangan biarkan lama sangat, nanti ikan jadi lembik.

ikan siakap masak taucu

Info: Lebih baik jika guna taucu kasar. Bila makan, terasa taucunya dan bawang besar yang banyak, rasa manis bawang dan cili besar banyak supaya rasa pedas sikit.

ikan siakap masak taucu

Kredit resipi dan gambar: Nurul Shima

Baca juga: Ikan Kembung Masak Asam Rebus, Resipi Ikut Air Tangan Arwah Opah

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN