donat gebu tanpa telur

Dalam banyak-banyak jenis kuih, semestinya donat menjadi kesukaan ramai. Sebenarnya, ada resipi terbaik untuk buat donat gebu tanpa telur yang cukup sedap tau.

Donat ialah makanan pastri berbentuk bulat yang dihasilkan daripada doh dan boleh didapati dalam pelbagai jenis. Namun, donat yang biasa dilihat adalah seperti gelang dan cincin.

Seiring peredaran zaman, pelbagai donat yang divariasikan supaya kelihatan lebih kreatif dan menarik seperti dimasukkan kastard, krim dan jem ke dalamnya sebagai inti.

Perkongsian resipi donat gebu tanpa telur oleh Mazni Ilham di Facebook ini sangat menarik kerana walaupun sejuk, ia tetap lembut dan lazat dimakan. Jom kita cuba!

Baca juga: Cara Membuat Donat Kapas, Letak Satu Bahan Jadi Gebu Macam Bantal

RESIPI DONAT GEBU TANPA TELUR

donat gebu tanpa telur

Bahan-bahan:

  • ½ cawan air suam
  • ½ paket mauripan
  • 1 sudu gula
  • 1 sudu susu pekat
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu marjerin
  • ½ sudu kecil serbuk penaik (tiada pun tak mengapa)
  • Secubit garam

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, campurkan air suam, mauripan, gula dan susu pekat dalam bekas.

2. Selepas itu, biarkan sampai yis kembang berbuih.

3. Gaul tepung gandum, marjerin, serbuk penaik dan garam sampai sebati sambil masukkan air yis tadi sedikit demi sedikit (jika rasa tak cukup, tambah air suam).

4. Kemudian, uli sampai doh tak melekat pada tangan (pastikan doh jangan keras, lembut saja).

5. Seterusnya, biarkan selama 40 minit atau sampai doh naik sekali ganda.

6. Setelah itu, boleh bentukkan bulat-bulat dan rehatkan sekejap.

7. Apabila sudah naik elok, bolehlah buat lubang di bahagian tengah (saya pakai jari saja).

8. Selanjutnya, goreng donat sampai keperangan dalam minyak panas, angkat dan toskan.

donat gebu tanpa telur

9. Akhir sekali, biarkan donat sejuk sedikit dan bolehlah golekkan dengan campuran gula halus dan susu tepung (saya guna susu Everyday).

Donat gebu tanpa telur ini sangat sesuai buat mereka yang mempunyai alahan. Jika tiba-tiba telur sudah habis di rumah, anda tetap boleh buat donat yang sedap dengan resipi ini.

Selamat mencuba!

Sumber: Mazni Ilham

Baca juga: Resepi Donat Kampung Lembut Sampai Petang, Gebu Bukan Main Lagi

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN