Ikan Masak Singgang merupakan hidangan tradisional Melayu yang terkenal dengan kuahnya yang pedas, masam dan wangi. Resipi ini mudah disediakan tetapi rasanya cukup menyelerakan untuk seisi keluarga.
Nana Sabrina Sarsan telah kongsikan cara ibunya memasak Ikan Masak Singgang yang simple tetapi sedap padu. Hidangan ini sesuai dinikmati panas-panas dengan nasi putih dan sambal belacan. Jom kita cuba!
Baca juga: Buat Sendiri Ikan Siakap Stim Ala Thai, Aromanya Memang Menggoda Selera!
Bahan-bahan:
Cara-cara memasak:
1. Bersihkan ikan selar dan belah dua. Hiriskan bawang merah, bawang putih, halia, kunyit dan ketuk serai.
2. Campurkan air, bawang merah, bawang putih, halia, kunyit, serai, serbuk kunyit, minyak dan perahan air asam jawa. Tambahkan tomato dan cili jika suka pedas.
3. Masak selama 20 minit supaya semua bahan sebati dan kuah wangi. Tambah garam secukup rasa.
4. Masukkan ikan selar ke dalam kuah. Masak sehingga ikan masak sepenuhnya.
Tips untuk ikan masak singgang lebih sedap:
Selain mudah, resipi Ikan Masak Singgang ini mengekalkan rasa asli ikan dan aroma rempah yang menggoda selera. Ia juga boleh diubah suai mengikut citarasa, sama ada nak lebih pedas atau kuah yang lebih pekat.
Selamat mencuba!
Sumber: Nana Sabrina Sarsan
Baca juga: Resepi Kari Ikan Kembung, Cara Pecah Minyak Ini Buat Kuah Lebih Cantik Dan Sedap!
Kalau sedang cari cara membuat sandwich telur yang mudah untuk bekal anak, resipi ini memang…
Makanan ikonik Malaysia memang cukup pelbagai dan setiap negeri mempunyai hidangan tersendiri yang menjadi kebanggaan…
Puding buah koktail antara pencuci mulut yang mudah dibuat dan sedap dinikmati ketika sejuk. Teksturnya…
Kalau mencari idea lauk yang mudah tetapi tetap menyelerakan, ayam masak merah santan ini boleh…
Kalau selama ini tertanya-tanya apa bahan yang digunakan untuk menghasilkan serbuk perasa yang sesuai untuk…
Cara lembutkan ayam beku ini boleh dicuba apabila ayam masih keras sedangkan masa untuk memasak…