Mari cuba resipi Creme Brulee ini. Hanya mengunakan tiga bahan saja. Apabila tengok pencuci mulut ini, pasti anda sudah membayangkan kesedapan lemak krimnya.
Jika anda ingin mencuba resipi yang mudah dan lazat ini, sila cuba resipi yang dikongsi oleh Che Sayang Kitchen melalui akaun TikTok beliau.
Baca juga: Resipi Chocolate Truffles Style Mr. Ali, Terasa Gourmet Buat Dessert Macam Ini
RESIPI CREME BRULEE YANG SIMPLE
Bahan bahagian bawah:
- 3 hingga 4 senduk aiskrim vanilla
- 2 kuning telur
Bahan bahagian atas:
- 3 sudu besar gula
- 1/2 cawan air
Nota: Lebih elok gunakan air panas untuk water bath. Pre-heat oven 170 celcius selama 5 minit sebelum membakar.
Cara-cara penyediaan:
1. Untuk sukatan 6 keping, anda perlukan 3 hingga 4 senduk aiskrim vanilla dalam satu bekas. Kacau sehingga ia cair.
2. Kemudian, masukkan 2 biji kuning telur sahaja. Whisk lagi hingga sebati.
3. Selepas ia sebati, boleh curahkan ke dalam acuan/bekas.
4. Setelah masukkan semuanya ke dalam acuan/bekas, boleh sediakan ia untuk waterbath. Letakkan sedikit air di dalam dulang dan susun acuan/bekas ke dalam dulang tersebut.
5. Bakar dalam suhu 200 Celcius kira-kira 20 hingga 30 minit.
6. Sejukkan creme brulee ini semalaman atau dalam peti sejuk.
7. Untuk bahagian atas pula, panaskan 3 sudu gula dan masukkan air sedikit demi sedikit.
8. Didihkan sehingga ia keperangan. Lepas itu, boleh tuang ke atas creme brulee yang sudah disejukkan.
9. Sejukkan sebentar dalam peti sejuk dan sedia untuk dinikmati.
Video penuh:
@chesayang_kitchen Episod 165 | Resepi Creme Brulee | 2 Minit 1 Resepi by Che Sayang Kitchen Resepi penuh dalam 6 pcs👉🏻 Bahagian bawah – 3 hingga 4 senduk aiskrim vanilla – 2 kuning telur Bahagian gula – 3 sudu besar gula – 1/2 cawan air Nota: Lebih elok gunakan air panas untuk water bath. Pre-heat oven 170 celcius selama 5 minit sebelum membakar #resepichesayang #chesayangkitchen #susahkenakbuat #cremebrulee #dessert #ForYouMalaysia
Selamat mencuba.
Sumber: TikTok
Baca juga: Boba Kampung Ikut Resipi Thai Dessert, Warna-warni Cantik Kejadiannya