boba kampung

Pernah cuba buat Boba Kampung? Selalu yang kita nampak boba milk tea yang pernah menjadi kegilaan ramai suatu ketika dahulu. Apa kata cuba boba jenis ini pula. Nampak cantik warna-warni dalam pencuci mulut.

Memang tengok dari gambar pun dah buat kita terliur, apatah lagi kalau ngap dalam mulut sejuk-sejuk. Memang nikmat time cuaca tengah panas.

Resipi ni sangat mudah dibuat. Boleh dijadikan pemanis mulut semasa berbuka puasa atau bila ada majlis terbuka di rumah. Boba Kampung ni sejenis bubur yang boleh dihidang panas-panas atau di campur dengan ais dan dimakan sejuk.

Baca juga: Tuna Thai Bread Ala Burger Malaysia, Gebu dan Sedap

Asalnya ia adalah Thai Dessert yang popular di negara jiran. Memang tak sah lah kalau ke sana tak mencuba Thai Dessert ini. Tapi nak lagi mudah, kita bawakan ke rumah dan nikmatinya dengan lebih puas.

Resipi Boba Kampung ini telah dikongsikan sendiri oleh EasyBakeLab menerusi laman Facebook dan telah meraih sebanyak 204 shares! Memang ramai yang nak mencuba Boba Kampung ini. Jom kita tengok.


RESIPI BOBA KAMPUNG

boba kampung

Bahan-bahan boba: 

  • 1 cawan tepung ubi kayu
  • Air panas mendidih
  • 1 sudu besar gula
  • Sedikit garam
  • Pewarna

Bahan-bahan kuah:

  • Santan
  • Gula
  • Garam
  • Daun pandan
  • Sagu
  • Jagung

Cara-cara membuatnya:

1. Sediakan air panas yang menggelegak. Masukkan air panas sedikit demi sedikit ke dalam bahan boba yang telah disatukan. Uli hingga menjadi doh.

**Tips: masukkan air panas sikit selepas itu uli, kemudian masukkan lagi sedikit selang seli macam itu. Kalau air banyak sekaligus doh akan jadi melekit macam gam. 

2. Bahagikan kepada beberapa bahagian. Masukkan pewarna kesukaan dan bentukkan guna acuan kuih siput. Rebus dalam air menggelegak. Dah terapung tos dan masukkan dalam ais supaya tidak melekat-lekat. Ketepikan.

3. Dalam periuk, masukkan air, gula, garam, dan daun pandan. Kemudian masukkan santan. Bila menggelegak, masukkan sagu dan jagung.

4. Toskan doh biji boba tadi dan masukkan dalam kuah santan. Siap untuk dihidang!


boba kampung

Sedia untuk dimakan masa panas-panas atau tambahkan ais! Sedap tau pencuci mulut boba kampung ni. Rugi sangat la kalau tak cuba. Kalau nak tambah jagung, keledek atau nangka, sila masukkan sebelum santan tau.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada EasyBakeLab kerana sudi berkongsi resipi ini di Facebook. Semoga ia bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN