tip pilih durian

Susah nak pilih durian yang elok? Jom ikuti tip pilih durian yang banyak isi, manis dan berlemak. Baru berbaloi nak beli nanti.

Nak pula dah tiba musim durian ini, memang ramai yang akan berebut untuk membelinya. Selain dimakan begitu sahaja, durian sering dijadikan manisan tradisional seperti serawa.

Baca juga: Bunga Durian Goreng Belacan, Sajian Sayur Orang Sarawak Dan Indonesia

Kini, ramai yang menginovasikan resipi durian kepada makanan lain, seperti kek durian dan crepe durian.

Malah, terdapat beberapa petua untuk memilih durian yang baik dan manis, yang pastinya berbaloi untuk kita. Untuk mengelak daripada tertipu ketika membeli durian, sebaiknya baca beberapa tips memilih durian ini.

Ikuti tip dari perkongsian Encik Izwan Ahmad ini untuk memilih buah durian yang banyak isi.


TIP PILIH DURIAN BANYAK ISI, MANIS DAN BERLEMAK

tip pilih durian

1. Pastikan bahagian tangkai masih lagi bergetah. Kalau yang baru luruh, pada bulatan tangkai itu akan ada rasa berlendir. Itu menandakan buah baru.

2. Jangan tertipu bila penjual kata baru luruh. Tangkai akan semakin mengecut dan mengecil, menandakan buah semakin kurang kualiti.

3. Pilih buah yang tidak pecah di buntut, kerana buah yang baru tak akan pecah. Buah durian akan mula merekah pada hari ketiga. Ketika ini, rekahan bentuk line di setiap alur pangsa.

4. Jika suka rasa yang lemak-lemak manis, pilih duri pendek dan sekata. 

5. Jika suka yang jenis manis melenting dan ada rasa pahit sedikit, pilih duri yang melengkung dan pancang seinci.

6. Nak kenal pasti durian rosak, cium setiap pangsa. Buah yang masak ada bau dari setiap pangsa. 

7. Bagi yang profesional, mereka akan check seperti ini;

  • Goncang buah, kalau jenis elok akan terasa ada gegar.
  • Teknik menggaru buah, kalau ada bunyi lompong maknanya buah elok. Kalau padat, buahnya muda.
  • Durian bukit berbeza dengan durian kampung. Daripada saiz 2.5 – 3kh sebiji dan lebih, duri buah durian bukit lebih pendek berbanding durian kampung yang ditanam di tanah rata.
  • Untuk tentukan jenis warna isi durian, di bahagian tangkai itu kikis. Ada beza warna pada kulit ari durian. Jika kulit ari kuning, isi juga kuning. Jika dikikis kulit tebal, isi pun tebal. Bagi durian bukit isi tembaga, buah durian sendiri coklat perang macam tembaga.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Dodol Durian Guna Breadmaker, Hanya Guna 6 BAHAN Ini Je

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN