siakap santan tomyam

Mari cuba resipi Siakap Santan Tomyam kali ini. Kata orang, lauk ini sedapnya lain macam. Yang belum pernah mencuba ikan siakap yang dimasak dengan gaya seperti ini, boleh cuba buat dirumah. 

Baru saja melihat gambar lauk ini pun dah boleh kecur air liur dibuatnya. Rasanya pasti nikmat nak makan ikan siakap santan tomyam ini. 

Baca juga: Siakap Stim Lemon Macam Kedai Siam, Cara SIMPLE Dengan Rasa Tip Top Punya!

Hidangan ini berbeza dengan cara memasak tomyam biasa. Terdapat perbezaan dari segi rasa dan warna. Jika ingin mencuba dengan gantian hidangan laut atau ayam, pun tiada masalah. Resipi ini dikongsi oleh seorang pengguna Facebook, Encik Kunije Tnije. Ikuti cara-caranya di bawah. 


RESIPI IKAN SIAKAP SANTAN TOMYAM

siakap santan tomyam

Bahan-bahan:

  • Ikan siakap sederhana
  • Bawang merah 1 labu belah 4
  • Bawang putih ketuk 6 ulas
  • Lada burung merah 6 tangkai (dihiris)
  • Daun limau purut
  • Serai hilis halus
  • Limau nipis 1 biji
  • Pes tomyam 1 sudu besar
  • Nampla 1 sudu besar
  • Minyak bijan 1 sudu kecil
  • Gula kabung atau palm sugar
  • Santan 150ml
  • Air 2 cawan
  • Akar ketumbar
  • Tomato

Cara-cara penyediaan:

1. Masukkan air dua cawan, bersama bahan tadi. Kacau biar mengelegak.

2. Masukkan santan dan perah limau nipis. Kacau biar santan dah sebatikan.

3. Kemudian, masuk ikan dan tomato.

4. Biarkan ikan masak.

5. Siap untuk dihidang!

siakap santan tomyam


Selamat mencuba.

Sumber: Kunije Tnije

Baca juga: Cara Buat Ikan Siakap Sambal Kicap Pedas Thai, Sedap Macam Restoran Thai T20

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN