Cinnamon Pancake

Cinnamon Pancake ialah sejenis pancake yang kaya dengan rasa kayu manis. Biasanya ia dibuat dengan campuran tepung, gula, baking powder, telur, susu, mentega, dan serbuk kayu manis.

Serbuk kayu manis memberikan rasa harum dan lezat kepada pancake, memberikan sentuhan unik yang berbeza daripada pancake biasa.

Baca juga: Pancake Mini Comel-Comel Inti Kaya & Nutella, Anak-Anak Mesti Suka!

Memang nikmat nak makan ketika tengah hujan. Hirup pula dengan teh panas, memang ‘ngam’. 

Cara penyediaan pun mudah, di mana adunan dicampurkan dan digoreng pada penggorengan atau kuali leper dengan sedikit minyak.

Ia boleh disajikan dengan pelbagai pilihan topping, seperti sirap maple, madu, gula pudina, atau buah-buahan untuk menambahkan kepelbagaian rasa dan tekstur.

RESIPI BANCUHAN CINNAMON PANCAKE 

Cinnamon Pancake

Bahan-bahan:

  • 1 biji telur
  • 3/4 cawan susu
  • 1/4 cawan minyak
  • 1 cawang tepung gandum
  • 1 sk baking powder
  • 1 sudu gula

Bahan cinnamon filling:

  • 2 sudu butter
  • 2 sudu cinnamon
  • 2 sudu gula
  • 1 sudu adunan tepung (atas)

Bahan gula aising:

Cara-cara penyediaan:

1. Siapkan bancuhan pancake:

  • Dalam bekas besar, kocok telur.
  • Tambahkan susu dan minyak ke dalam telur. Gaul rata.
  • Campur tepung gandum, baking powder, dan gula dalam bekas.
  • Campurkan campuran tepung ke dalam campuran telur sedikit-sedikit, gaul rata hingga tidak ada gumpalan.

2. Siapkan adunan cinnamon filling:

  • Cairkan butter dalam pan.
  • Tambahkan cinnamon dan gula ke dalam butter yang telah cair. Gaul rata.
  • Tambahkan adunan tepung ke dalam campuran ini dan gaul rata. Ketepikan. 

3. Masak pancake:

  • Panaskan pan dengan api sederhana.
  • Tuang bancuhan pancake ke permukaan yang panas.
  • Biarkan hingga muncul rongga di permukaan, lalu balikkan pancake dan masak hingga kedua sisi berwarna keemasan.

4. Tambahkan Cinnamon Filling:

  • Setelah pancake matang, letakkan sejemput adunan cinnamon filling di tengah-tengah pancake.
  • Ikut kreativiti masing-masing nak buat bentuk pancake macam mana. 

5. Siapkan Gula Icing: Campurkan tepung gula dan susu hingga membentuk adunan yang kental dan halus.

6. Hidangkan:

  • Tuangkan gula icing di atas pancake.
  • Sedia untuk dinikmati.
@hazwancooks

Cinnamon Pancake 🤤🥞✨ Ingredients : 1 biji telor 3/4 cawan susu 1/4 cawan minyak 1 cawang tepung gandum 1 sk baking powder 1 sudu gula Cinnamon filling : 2 sudu butter 2 sudu cinnamon 2 sudu gula 1 sudu adunan tepung (atas) Icing sugar : 1/2 cawan powdered sugar 1/2 cawan susu #hazwancooks #pancakes #cinnamonpancakes #LearnOnTikTok

♬ original sound – Hazwan Ramli

Selamat mencuba.

Sumber: Ahmad Hazwan Ramli

Baca juga: Pancake Jepun Yang Gebu Dan Sedap, Makan Macam Tu Pun Dah Sedap Sangat!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN