ayam goreng rangup

Mudah sangat rupanya nak buat ayam goreng rangup dan berkerinting macam kat kedai tu. Hanya guna satu jenis tepung saja untuk menghasilkan ayam goreng yang seperti ini.

Tapi ada teknik dia yang perlu diikuti. Kalau tak ikut teknik tersebut, ayam goreng takkan menjadi elok.

Jika anda nak tahu cara dan tekniknya, lihat perkongsian resipi oleh Nurul Intan Syafinas di bawah. Semoga bermanfaat!

Cara Buat Ayam Goreng Rangup & Berkerinting Guna Satu Jenis Tepung

Bahan utama:

  • Ayam
  • Tepung bestari original (nak guna spicy pun boleh)
  • Minyak

Cara-cara:

1. Bancuh tepung bestari dengan air. Kuantiti mengikut jumlah ayam. Perap tepung bersama ayam selama setengah jam (lagi lama perap, lagi juicy).

ayam goreng rangup

2. Letak tepung bestari original (kering) ke dalam bekas besar sebab senang nak gaul dengan ayam nanti.

3. Ambil ayam yang diperap tadi, masukkan ke dalam tepung kering dan gaul rata. Tekap ayam dengan tepung supaya tepung bersalut rata dengan ayam.

ayam goreng rangup

4. Dalam bekas lain, isi air sejuk dalam bekas tersebut dan letak penapis. Masukkan ayam yang bersalut tepung tadi ke dalam air dan rendam sekejap (dalam 2 saat).

5. Angkat ayam yang direndam tadi dan toskan.

6. Kemudian masukkan semula ke dalam tepung kering dan gaul rata (pastikan tepung banyak, jangan sikit).

ayam goreng rangup

7. Goreng ayam dalam periuk menggunakan minyak yang banyak untuk hasilkan ayam goreng yang cantik.

8. Dan ini hasilnya. Selamat mencuba!

ayam goreng rangup

Kredit: Nrl Intan Syafinas

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN