resepi biskut arab

Setiap kali hari raya menjelma, resepi biskut Arab pastinya akan menjadi tumpuan. Bukan hanya rasanya yang sedap, malah cara penyediaannya juga cukup mudah.

Biskut arab atau ada juga yang memanggil dengan nama biskut suji ini sangat digemari ramai termasuklah kanak-kanak dan juga orang dewasa.

Rugi kalau anda tidak mencuba kerana hanya memerlukan 4 bahan untuk menyediakannya. Bahan tersebut adalah tepung gandum, gula aising, minyak sapi dan susu tepung.

Biskut ini juga sangat gebu dan cair di mulut apabila dimakan. Oleh itu, anda boleh rujuk resepi yang disediakan di bawah jika mahu mencubanya di rumah.

Baca juga: Cara Mudah Buat Kuih Gunting Rangup, Hanya Guna 2 Bahan Simple Ini

RESEPI BISKUT ARAB SUSU

Bahan-bahan yang diperlukan:

– 2 cawan tepung gandum
– 1/2 cawan gula aising
Minyak sapi secukupnya
Susu tepung (untuk salut)

Cara-cara:

1. Gaul tepung dan gula. Masukkan minyak sapi sedikit sedikit hingga menjadi doh dan tidak melekat pada tangan.

2. Apabila sudah sekata semua bahan, bulatkan doh sekecil duit 10 sen. Kemudian, sapukan mentega pada dulang pembakar agar biskut tidak melekat pada loyang pembakar.

3. Selepas itu, susunkan doh yang telah dibulat kecil tadi di atas dulang pembakar. Boleh susun agak rapat kerana biskut ini tidak kembang kerana tidak mengandungi serbuk penaik.

4. Bakar biskut arab ini pada suhu 160 darjah celsius selama 25 minit.

5. Selepas siap bakar, tak perlu tunggu sejuk agar susu tepung melekat elok pada biskut. Boleh terus golekkan di dalam mangkuk berisi susu tepung.

6. Kemudian, apabila siap digolek bolehlah susun ke dalam balang biskut untuk dihidangkan. Tunggu sejuk sebelum tutup balang dengan tudung penutup. Selamat mencuba!

resepi biskut arab

Kredit resipi dan gambar: Facebook Cik Dayang Zuhaila

Baca juga: Resipi Biskut Dahlia Tanpa Guna Telur, Ini Tips Penting Agar Bunga Tak Jatuh

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN