chee cheong fun

Buat peminat chinese food pasti pernah makan Chee Cheong Fun atau nama lainnya iaitu Rice Noodle Roll. Ia seakan sama seperti kuetiau gulung yang dihidangkan bersama kuah hitam.

Jika beli di kedai, ada yang dijual dengan inti dan ada juga yang kosong tanpa inti. Namun begitu, agar sukar untuk menemukan kedai menjual Chee Cheong fun yang Halal.

Oleh itu, apa kata kita buat sendiri secara homemade menggunakan bahan mudah. Tak perlu susah payah membuat adunan tepung, hanya perlu guna rice paper.

Baca juga: Resipi Ginger Beef Kuetiau Ala Restoran Cina, Lagi Puas Hati Masak Sendiri

RESEPI CHEE CHEONG FUN

Berikut merupakan resipi penuh yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama Cikyah Nhk.:

“Kebetulan pergi eco beli rice paper..Tapi tak tahu bila nak rajin buat Vietnamese spring roll. Malam ini tiba-tiba teringin chee cheong fun ni…”

Bahan-bahan yang diperlukan:

Cara penyediaannya:

  1. Guna 3 keping rice paper untuk 1 gulungan. Caranya, basahkan dan gulungkan.
  2. Boleh letak inti udang dan taburkan daun bawang sebelum digulung. Ini versi kosong sahaja.
  3. Gulung sebanyak mana yang dimahukan. Kemudian, rebus selama 5 minit untuk lembutkannya. Kalau masih liat, sambung rebus lagi beberapa minit.
  4. Cara membuat kuahnya pula, kisar kicap, sos cili, cili flake bawang putih dan gula merah.
  5. Selepas kisar, masak atas api dan letakkan juga air campuran tepung jagung untuk memekatkan kuah.
  6. Boleh renjiskan minyak bijan jika ada supaya lebih sedap. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Facebook CikYah Nhk

Baca juga: Resipi Lala Masak Kam Heong Ala Restoran Cina, Guna Bahan Mudah Je!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN