beza tepung

Nampak sama tapi tidak serupa, mari ambil tahu beza tepung jagung, tepung ubi dan juga ubi sagu. 

Bagi yang baru nak belajar memasak, mesti dah biasa guna tepung gandum kan? Tapi, macam mana pulak dengan tepung sagu, tepung ubi, dan tepung jagung ni?

Tepung-tepung ini nampak macam sama saja. Bila pegang, rasanya pun hampir sama, iaitu agak kasar. Ada resipi kata boleh tukar-tukar guna ketiga-tiga ni.

Baca juga: Beza Serai Wangi Dan Serai Dapur, Mari Kenali 5 Perbezaannya

Tapi, walaupun nampak serupa, ketiga-tiga tepung ini ada bezanya. Tak semua masakan boleh gantikan sesuka hati. Jadi, kenalah kenal tepung-tepung ini supaya boleh menghasilkan biskut, kek atau kuih-muih dengan sempurna.

BEZA TEPUNG JAGUNG, TEPUNG UBI DAN TEPUNG SAGU

1. Tepung Jagung

beza tepung

Tepung jagung dibuat dari jagung yang dikeringkan dan diubah jadi serbuk. Biasanya, tepung ini selalu digunakan untuk buat kuah masak jadi kental atau kuih macam kastad.

Ada juga yang campur tepung jagung dalam masakan yang digoreng supaya minyak diserap lebih baik dan jadi lebih rangup. Cuba guna tepung jagung buat inti Vanilla Eclairs atau Vol Au Vent, memang sedap!

2. Tepung Ubi

beza tepung

Tepung ubi dibuat daripada ubi kayu dan sering disebut kanji. Ia putih bersih dan lebih murah daripada tepung sagu. Bila dicampur air, tepung ubi menjadi lekit dan kenyal.

Kegunaannya meluas untuk membuat makanan ringan seperti cimol, cilok, dan cireng. Ia juga digunakan dalam resipi moden seperti boba dan puding. Cuba gunakan untuk masak Cimol Daging Lembu Salai Perisa Keju atau Kuih Talam Kacang Merah.

3. Tepung Sagu

Tepung sagu dibuat dari tanaman sagu di Indonesia timur. Batang pohon sagu diperah untuk mendapatkan endapan air, yang kemudian diolah menjadi tepung putih.

Tepung sagu selalu digunakan dalam masakan Indonesia seperti papeda dan kuih sagu. Selain itu, juga dicampur dalam makanan kenyal seperti pempek, siomay, atau bakso

Walaupun ketiga-tiga tepung ini merupakan jenis tepung yang umum digunakan, tetapi disebabkan oleh bahan baku dan ciri-cirinya yang berbeza, ia memberikan tekstur yang unik dalam pelbagai jenis masakan.

Semoga bermanfaat.

Sumber: Fiber Creme

Baca juga: Makanan Yang Ada Babi, Pakar Halal Dedah Ada 10 Istilah Elak Keliru

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN