kuah rojak

Mari buat sendiri kuah rojak yang pekat dan likat. Memang sedap nak cicah sampai menjilat jari dibuatnya. Bagi para penggemar rojak atau para penjual yang nak makan atau jual kuah rojak secara homemade ni, resipi ini sangat membantu.

Kalau makan dengan buah mangga atau jambu, memang sedap sangat!

Baca juga: Jeruk Mangga Asam Boi Krup Krap, Sedap Dia Boleh Buat Ketagih!

Lebih fresh rasa kuahnya kerana dibuat terus dengan air tangan sendiri. Tak ada simpan dalam bekas. Tak perlu risau tarikh luput. Lebih berbaloi buat kuah rojak sendiri.

Ikuti resipi perkongsian Cik Puan Ae Jaa dari laman Facebook ini. Bukan main meriah lagi cara susunan mangga dan rojak dalam gambar, sampai kecur air liur dibuatnya.


RESIPI KUAH ROJAK BEBAS BELACAN

Musim buah pelam. Buat kuah rojak sendiri. Bebas belacan. Nanti gatal hidung.  Tapi kalau letak belacan memang lagi sedap kan? Ini resipi saya. 

kuah rojak

Bahan-bahan:

  • Gula nissan
  • Cili boh 
  • Bawang merah
  • Gula
  • Air
  • Kicap
  • Tepung jagung 

Cara-cara membuat: 

1. Campur je semua, air jangan banyak sangat. Masak dalam kuali dengan api yang perlahan. Pastikan kacau sampai kuah mendidih ye.

2. Lebih kurang dalam 10 minit, semua bahan pun dah sebati. Masukkan tepung jagung. Gaul sampai rata.  Dan tidak berketul. Kacau lagi 5 minit.

3.  Sejukkan sekejap kemudian hidangkan dengan bahan yang kita nak makan sama ada rojak sayur atau rojak buah-buahan.


Resipi yang dikongsikan ini tidaklah terlalu banyak. Yang mana nak nak buat extra boleh gandakan kuantiti bahan yang kita gunakan. Bagi yang suka pedas, boleh picitkan cili padi.

Selamat mencuba.

Baca juga: Lebih 63K Shares, Ini Cara Buat Jeli Sagu Mangga, Sedap Makan Sejuk-sejuk!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN