Rupanya ada cara simpan lauk lebihan yang bersantan supaya tidak rosak dan tahan lama.
Jika salah cara simpan, ianya akan menjadi cepat basi dan akhirnya terpaksa dibuang begitu saja.
Jika anda ikuti cara yang MyResipi kongsikan di bawah, lauk tersebut boleh dipanas dan dimakan semula.
Baca juga: Cara Simpan Telur Dalam Peti Ais Supaya Tahan Lama, Jangan Letak Pada ‘Bahagian’ Ini
Pastikan anda menggunakan santan segar yang baru dibeli di kedai. Kelapa parut pula, pastikan kelapa baru diparut dan diperah menggunakan air suam.
Jika menggunakan santan kotak, pastikan kuantiti santan mengikut kesesuaian atau keperluan dalam masakan.
Semasa dalam proses penyediaannya pula, pastikan makanan yang dimasak itu benar-benar masak supaya ia tahan lama bila disimpan.
Jika ada lebihan masakan yang bersantan, sebelum simpan, panaskan ia tanpa guna penutup. Sejukkan terlebih dahulu sehingga wap panasnya hilang, kemudian baru masukkan dalam bekas tertutup sebelum disimpan dalam peti tejuk.
Sekirannya mahu menyimpan makanan tersebut untuk tempoh yang lama, sebaiknya frozenkan saja kerana ia merupakan kaedah penyimpanan yang terbaik dan tahan lama.
Cara ini sesuai untuk lauk pauk seperti rendang, kari atau gulai yang mengandungi santan.
Jika hendak digunakan, keluarkan makanan dari peti dan biarkan ia pada suhu bilik sebelum dipanaskan.
Cara tersebut boleh memastikan makanan bersantan dapat bertahan dalam tempoh yang lama.
Kredit: Rasa
Baca juga: Cara Simpan Daun Kesum Guna Bekas Plastik, Lebih 2 Minggu Pun Masih Segar Bugar!
Kuih lapis labu kuning antara kuih tradisional yang menarik untuk dicuba, lebih-lebih lagi buat penggemar…
Bau kek mentega yang sedang dibakar memang cukup menggoda! Harum semerbak mentega memenuhi ruang rumah,…
Resepi kepah masak cili ala Thai ini sesuai untuk penggemar makanan laut yang sukakan hidangan…
Sambal tomato tumbuk boleh dijadikan pilihan kalau dah bosan makan sambal belacan yang biasa. Gabungan…
Kari dal ala mamak memang enak dimakan bersama roti canai, capati atau nasi panas. Namun,…
Ikan kukus limau antara hidangan yang cukup menyelerakan, terutama apabila dinikmati bersama nasi putih panas.…