Ramai yang suka makan ikan pari kan? Tapi tak ramai yang tahu cara siang ikan pari, lebih-lebih lagi golongan muda.
Ikan jenis ini enak dimasak dengan pelbagai cara. Contohnya ikan pari bakar, asam pedas ikan pari dan sebagainya.
Namun begitu, jika salah cara menyiang, ikan pari akan berbau hancing dan tidak sedap untuk dimakan. Tak berselera dibuatnya!
Jadi, mari kita sama-sama belajar cara betul untuk membersihkan ikan pari. Ada dua teknik yang boleh anda pelajari di bawah.
Baca juga: Petua Hilangkan Bau Hancing Ikan Pari Yang Pasti Menjadi
CARA SIANG IKAN PARI UNTUK ELAK HANCING
Teknik 1
1. Gunting mengikut bentuk kepala dan perut ikan pari.
2. Buang bahagian kepala dan perut itu.
Teknik 2
1. Kikis daki hitam pada kulit ikan pari menggunakan pisau.
2. Kemudian terbalikkan ikan pari. Jika anda perhatikan pada bahagian mulut ikan pari, ia seakan berbentuk bulat.
3. Guna hujung pisau dan kelar pada bahagian pulut ikan pari secara membulat.
4. Buang bahagian insang dan selainnya di dalam ‘bulatan’ itu.
5. Buat satu belahan panjang bermula dari kawasan mulut hingga ke perut.
6. Buang segala isi dalam perutnya.
7. Kemudian cuci bersih bahagia kepala dan juga bahagian perutnya.
8. Potong ikan pari mengikut saiz yang disukai.
Untuk memahami dengan lebih lanjut, lihat video penuh di bawah.
@tim_greenturae Teknik siang ikan pari #dapurgreenturae #petuadapur
Kredit: Tim_greenturae
Baca juga: Ikan Pari Bakar Simple, Makan Dengan Nasi Putih Panas Sodap Beb!