asam pedas ikan sembilang

Resipi Asam Pedas Ikan Sembilang memang ada ramai penggemarnya. Pelbagai resepi asam pedas yang kita ada, masing-masing mempunyai keenakannya dan penggemarnya yang tersendiri.

Tapi masih ramai lagi yang tak dapat beza ikan sembilang dan ikan keli kerana rupanya yang hampir sama. Senang je nak tahu perbezaannya.

Ikan sembilang hidup di laut manakala ikan keli hidup dalam air tawar seperti sungai, kolam dan sawah. Saiznya juga lebih besar dari ikan keli.

Artikel berkaitan: Resipi Asam Pedas Melaka Asli. Ada ‘Rahsia’ Buat Kuah Pekat, Sedap & Padu

Warna ikan keli juga lebih gelap berbanding dengan ikan sembilang. Ikan sembilang ada macam sirip atau duri di belakang badan tetapi ikan keli tiada.

Tapi jangan risau, bila dah dimasak, rasa kedua-dua ikan ini memang sama sebab masih lagi dari spesis keluarga ikan yang bermisai.

Walaupun rasanya agak sama, tapi min lagi suka ikan sembilang kerana rasa isinya cukup manis mungkin disebabkan ia tinggal di laut. Kebiasaannya, asam pedas akan dihidangkan dengan ikan masin bulu ayam, sambal belacan dan ulam ulaman. Sedap sangat!

Resepi asam pedas ikan sembilang ini telah dikongsikan oleh Hasrunizah Hassan. Step by step resipinya telah dikongsikan beliau untuk semua penggemar asam pedas.

Asam pedas yang sedap bila mempunyai kuah yang pekat dan merah likat. Lebih sedap bila dihidangkan juga dengan tomato dan juga sayur bendi. Boleh juga dicampurkan sayur terung jika korang suka.

Resipi Asam Pedas Ikan Sembilang

Bahan A


  • Cili kering
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • Kunyit
  • Gula melaka

Bahan B

  • Ikan sembilang
  • Air asam jawa
  • Halba
  • Garam
  • Daun kesom
  • Belacan goreng

Cara memasak

1. Kisar & tumis bahan A. Tumis bersama halba dan belacan goreng. Dah garing masukkan air asam jawa.

2. Bila sudah mendidih baru masukkan ikan sembilang, daun kesom dan garam. Masak hingga mendidih sehingga ikan masak.

3. Bila ikan dah masak, kuah pun dah sedap iaitu cukup semua rasanya, masukkan sayur yang g anda suka. Masukkan tomato dengan bendi dan terus tutup api. Siap!


Tip tambahan:

🍴Ikan sembilang dah disiang dan dibasuhkena rendam bersama air asam jawa pekat untuk buang lendir dan hanyir laut. Rendam dalam 30 minit.

🍴Bahan menumis kena tumis sehingga garing.

🍴Nak pedas ‘kick’ boleh letakkan lada hitam yg ditumbuk.

🍴Nak variety letak sayur bendi.

Dengan adanya perkongsian resipi asam pedas ikan sembilang ini, korang boleh mencubanya secara homemade. Lebih puas hati dan lebih jimat. Nak dapatkan yang power adalah dari air tangan sendiri. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN