cara pilih cempedak

Jom MyResipi kongsikan petua dan cara pilih cempedak yang manis, isi banyak dan tebal serta masak elok. Barulah tak kecewa bila membukanya. 

Setiap kali tiba musim buah ini, ramai yang tidak melepaskan peluang untuk membeli. Buah ini paling sedap kalau digoreng, nikmat sungguh!

Kalau beli yang sudah siap digoreng, harganya boleh tahan mahal juga.  Jadi, apa kata kita beli sendiri buah cempedak dan goreng di rumah. Baru lagi puas hati!

Baca juga: Peniaga Kongsi Rahsia Bancuhan Cempedak Rangup, Resipi Niaga Keluarga Selama 20 Tahun

CARA PILIH CEMPEDAK BANYAK ISI & MANIS

1. Pilih Kulit Sempurna

Semasa memilih buah cempedak, lihat pada kulit luarnya terlebih dahulu. Pastikan kulitnya sempurna elok tanpa cacat cela seperti lebam atau kehitaman.

Tanda kehitaman serta lebam itu biasanya menunjukkan bahagian tersebut sudah rosak atau dimakan oleh ulat.

2. Warna Kekuningan

Untuk memastikan buah cempedak sudah masak elok, pilih warna buah yang kuning atau warna kuning lebih menyerlah dari warna hijau.

Jika warna hijau lebih banyak, kemungkinan besar bahagian isi buah cempedak belum masak dengan sempurna. Rasanya juga akan kurang manis.

3. Tangkai Buah

cara pilih cempedak

Selain dari 2 tips di atas, pilih cempedak yang mempunyai tangkai berwarna coklat. Ia menunjukkan isi buah sudah masak sempurna di pokok dan bukannya diperam.

Jadi, elakkan membeli cempedak yang tangkainya masih berwarna hijau. Ini juga salah satu cara untuk cari buah cempedak berkualiti terbaik.

4. Lihat Mata/Duri Kulit Cempedak

Sentuh bahagian permukaan kulit buah cempedak. Buah cempedak yang masak elok memiliki duri yang tumbuk dan coraknya melebar. Jadi, jangan pilih yang mata duri yang tajam dan rapat-rapat.

Selain itu, tekan sedikit permukaan kulit. Biasanya buah cempedak yang masak mempunyai kulit yang lebih lembut dan mudah ditekan.

5. Bau Wangi

cara pilih cempedak

Tips paling mudah untuk memilih buah cempedak adalah dengan mencium baunya. Buah cempedak yang masak akan berbau wangi yang sangat kuat.

6. Pilih Yang Berat

Lebih selamat memilih buah yang berat kerana lebih banyak isi. Buah yang berat juga menunjukkan ulas buah yang banyak dan isinya tebal.

7. Bentuk Buah Lonjong

cara pilih cempedak

Buah cempedak yang berbentuk lonjong dipercayai mempunyai ulas buah lebih banyak. Isi buah juga mempunyai ulas yang tebal dan sekata.

Kalau pilih buah cempedak yang banyak lekuk, kemungkinan isi di dalamnya tidak penuh dan mungkin tak cukup masak.

Sumber: Vanilla Kismis

Baca juga: Top 5 Jenis Durian Yang Popular Di Malaysia, Nombor 3 Paling Ramai Peminat!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN