dapur masak

Teknik merebus ini khas untuk pengguna dapur masak jenis gas yang sering merebus bahan seperti kentang, daging atau kacang dhal.

Proses merebus dengan cara ini biasanya memakan masa yang lama dan tak dinafikan gas pun cepat habis.

Berbeza dengan menggunakan pressure cooker, proses merebus jadi lebih cepat. Tapi, tidak semua rumah ada alat memasak itu bukan?

Oleh itu, jom MyResipi kongsikan teknik merebus menggunakan dapur agar jimat gas dan juga masa.

Baca juga: Rugi Kalau Kupas! Ini 5 Jenis Sayur Yang Lebih Baik Dimakan Dengan Kulitnya

TEKNIK MEREBUS GUNA DAPUR MASAK AGAR JIMAT MASA & GAS

Cara-caranya:

  1. Masak air dalam periuk hingga mendidih.
  2. Masukkan bahan yang hendak direbus ke dalam air mendidih.
  3. Biarkan ia mendidih selama 5 minit (perhatikan masa, kira dari saat air mula mendidih selepas bahan dimasukkan).
  4. Selepas 5 minit, tutup api dan tutup periuk dengan penutup. Biarkan selama 30 minit. Jangan sesekali buka penutup periuk, walaupun hanya untuk sekejap.
  5. Setelah 30 minit, hidupkan semula api. Biarkan mendidih selama 7 minit (kira masa dari saat air mula mendidih).
  6. Selepas 7 minit, padamkan api.

Tips:

  1. Teknik ini boleh digunakan untuk merebus daging, ayam pencen, kaki ayam, kentang, keledek, kacang kuda dan kacang dhal.
  2. Untuk daging, masukkan sedikit garam dan minyak masak sebelum merebus.
  3. Sentiasa tutup periuk sepanjang proses merebus.

Sumber: Cham Osman

Baca juga: Manfaat Buah Pelaga, Ini Sebab Orang Dulu-Dulu Suka Guna Dalam Masakan

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN