
Setiap kali tiba bulan Ramadan, orang ramai akan mula membeli bahan-bahan untuk membuat biskut raya. Salah satu bahan yang dicari ramai adalah kacang almond.
Kacang badam sering digunakan untuk membuat aneka biskut raya seperti almond london dan sebagainya. Sebelum digunakan, kacang perlu dibakar terlebih dahulu.
Namun, membakar kacang badam agar masak dengan sekata boleh menjadi cabaran. Kadang-kadang ada yang terhangit dan ada juga yang masih mentah.
Tapi, jangan risau! Dengan beberapa tip di bawah ini, anda boleh membakar almond dengan lebih mudah dan hasilnya pasti memuaskan.
Baca juga: Petua Merebus Agar Jimat Masa & Gas, Kena Guna Teknik 5:30:7 Macam Ini
TIP BAKAR KACANG ALMOND AGAR MASAK SEKATA

1. Timbang Almond Sebelum Bakar
Langkah pertama yang penting ialah menimbang almond sebelum membakarnya. Setiap loyang almond harus mempunyai berat yang sama.
Kenapa perlu timbang? Ini penting untuk memastikan setiap loyang almond menerima jumlah masa pembakaran yang tepat.
Dengan cara ini, meskipun anda perlu membakar almond beberapa kali, hasilnya tetap akan masak sekata dan cantik.
2. Jangan Bakar Terus Dengan Masa Lama
Elakkan membakar almond dalam masa yang lama secara terus. Ini boleh menyebabkan almond tidak masak dengan sekata.
Sebaiknya, bakar almond dalam masa yang lebih pendek, tetapi beri ruang untuk kacau sekejap. Cara kami ialah dengan menimbang 500g almond untuk setiap loyang. Jika loyang yang digunakan lebih besar dan boleh memuatkan 1kg almond, itu juga tidak mengapa.
Setkan masa bakar selama 10 minit, kemudian keluarkan almond, kacau sedikit, dan masukkan semula ke dalam oven. Setkan lagi masa selama 10 minit.
Jika almond sudah mula merekah atau pecah, itu tanda ia hampir masak. Keluarkan almond dari oven dan biarkan ia sejuk.
3. Uji Ketahanan Almond
Selepas almond sejuk, cuba makan sebiji atau dua biji untuk melihat teksturnya. Jika ada yang masih lembut, anda boleh bakar almond tersebut selama 6 minit lagi untuk memastikan ia masak dengan sempurna.
Sumber: Atika Yazid
Baca juga: Petua Simpan Seafood Agar Tak Berubah Hitam, Kekal Rasa Manis & Tekstur Pejal
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














