cara masak telur rebus

Rupa-rupanya, ada teknik mudah nak rebus telur tanpa menggunakan air dan gas memasak. Ini cara masak telur rebus menggunakan airfryer. 10 minit dah siap masak!

Teknik ini memang menjimatkan masa khususnya mak-mak yang kejar masa untuk buat perkara lain. Bagi anda yang mempunyai airfryer di rumah, bolehlah mengunakan cara ini.

Baca juga: Tip Buat Telur Masin Sedap Guna Telur Ayam Pencen, Cantik Kejadiannya

Tak perlu terhadkan kepada masakan tertentu saja bila guna airfryer. Ini antara perkongsian daripada Ida Shahida untuk memasak telur rebus.


CARA MASAK TELUR REBUS DALAM AIRFRYER

cara masak telur rebus

Lepas ini kalau malas nak rebus telur boleh masak dalam airfryer je.

Bahan: 10 biji telur

Masa: 10 minit.

Cara-caranya:

  1. Cuci telur bersih-bersih dan lap kering.
  2. Terus masukkan ke dalam bakul airfryer
  3. Setkan suhu 160 celcius dalam masa 10 minit.
  4. Tekan ‘ start’

Elok kejadiannya. Sudah boleh makan.

Bagi telur separuh masak, gunakan suhu 160’ dan masa 5 minit. (Bergantung kepada telur gedik yang inginkan) Boleh adjust masaknya.

Tapi, sebenarnya bergantung kepada berapa biji telur hendak di masak. Semakin sedikit, semakin sekejap masa untuk memasak.

cara masak telur rebus

Boleh nikmati bersama nasi lemak.

Petua kupas telur dengan mudah:

1. Selepas telur rebus siap masak, keluarkan dan segera rendam dalam air sejuk. Biarkan telur sejuk selama beberapa minit. Proses penyejukan membantu memisahkan putih telur daripada cangkerang, menjadikannya lebih mudah untuk dikupas.

2. Kemudian kupaslah kulit telur tu didalam air satu persatu. Hasilnya sangat cantik dan tiada telur yang akan terkoyak isinya. 


Semoga bermanfaat.

Sumber: Ida Shahida

Baca juga: Telur Bistik Ala Thai Resipi SIMPLE, Memang ‘Sebijik’ Rasa Macam Kedai Siam

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN