khasiat buah goji

Buat anda yang baru pertama kali mendengar buah goji, anda pasti tertanya-tanya buah apakah ini? Sebenarnya khasiat buah goji sangat bagus untuk kesihatan.

Buah goji adalah sejenis buah yang sering dimasukkan ke dalam makanan sebagai menu yang sihat. Ia sangat lazim digunakan dalam sup Cina atau teh herba.

Berwarna oren kecil dan kemerah-merahan, buah ini juga mempunyai rasa manis semula jadi. Malah, pelbagai kandungan khasiat yang terkandung dalam buah ini.

Khasiat Buah Goji

khasiat buah goji

1. Kaya dengan vitamin dan mineral

Seperti buah lain, buah goji juga adalah sumber yang baik untuk mendapatkan nutrien-nutrien yang berkhasiat. Buah goji biasanya mudah didapati dalam bentuk kering.

Bagi 100 gram buah goji kering adalah:

  • Kalori: 349 kcal
  • Protein: 14.3 gram
  • Karbohidrat: 77.1 gram
  • Serat: 13 gram
  • Kalsium: 190 miligram
  • Zat besi: 6.8 miligram
  • Vitamin C: 48.4 miligram
  • Vitamin A: 8.04 miligram

2. Melambatkan proses penuaan

Buah goji mampu menghalang penuaan kerana mengandungi antioksidan dipanggil zeaxanthin. Antioksidan ini mampu menghalang kerosakan sel kolagen pada kulit akibat radikal bebas. Ia melambatkan proses penuaan.

3. Menguatkan sistem imun

Pemakanan buah goji sangat baik untuk tubuh badan. Kandungan vitamin C dan A yang tinggi dalam buah ini boleh membantu menguatkan sistem imun dan mencegah pelbagai serangan penyakit.

4. Baik untuk kesihatan mata

Buah goji juga berkhasiat untuk kesihatan mata. Khasiat ini disumbang oleh kandungan vitamin A iaitu zeaxanthin yang merupakan sebatian karotenoid yang mempunyai banyak khasiat untuk mata.

5. Menstabilkan paras gula dalam darah

Buah goji sangat berkhasiat buat mereka yang mempunyai masalah paras gula dalam darah yang tinggi atau penyakit kencing manis (diabetes). Ia membantu mengawal pelepasan gula ke dalam darah.

6. Meningkatkan kesuburan lelaki

Selain itu, buah goji mampu meningkatkan kesuburan lelaki. Ia boleh meningkatkan kuantiti dan pergerakan sperma, meningkatkan keupayaan seksual dan menambah baik pemulihan paras hormon testosteron.

7. Mengurangkan risiko kanser

Buah goji telah digunakan dalam perubatan tradisional Cina untuk mencegah permulaan atau perkembangan kanser sejak bertahun-tahun lamanya. Kandungan antioksidan yang tinggi dalam buah ini mampu menghalang pertumbuhan sel kanser.

8. Mengurangkan kemurungan dan keresahan

Selain kaya dengan vitamin B dan C, buah goji juga mengandungi serat yang baik. Jus yang dibuat dengan menggunakan buah ini mempunyai nutrien yang sangat baik untuk meningkatkan mood.

khasiat buah goji

Itulah antara khasiat buah goji yang cukup bermanfaat untuk kesihatan tubuh. Sekarang anda sudah mengetahui khasiatnya. Bolehlah amalkannya mulai hari ini.

Nak ambilnya juga cukup mudah. Anda boleh mencampurkan buah goji dalam pelbagai makanan seperti yogurt, bijirin, smoothies, sup, teh dan sebagainya.

Sumber: HeloMedik

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN