cara masak mee goreng

Ada masanya kita inginkan sesuatu yang ringkas tetapi tetap mengenyangkan dan sedap. Cara masak mee goreng ‘bodo’ ini adalah salah satu hidangan yang sering menjadi pilihan apabila tidak mahu bersusah payah menyediakan makanan yang rumit.

Hidangan ini diberi nama ‘bodo’ kerana penyediaannya yang sangat mudah, tanpa memerlukan bahan-bahan yang banyak atau teknik memasak yang renyah. Walaupun begitu, rasanya tetap lazat dan mampu memuaskan selera.

Resipi ini juga sangat sesuai untuk mereka yang ingin menyediakan makanan dengan cepat, tetapi masih mahukan hidangan yang enak. Mari kita lihat cara menyediakan mi goreng basah yang mudah ini.

Baca juga: Tips Goreng Mihun Supaya Tak Hancur, Lembut Elok & Tahan Sampai Malam

CARA MASAK MEE GORENG BASAH ‘BODO’

Bahan-bahan:

  • Mee goreng (dibasuh dengan air panas terlebih dahulu)
  • 5 ulas bawang putih (ditumbuk kasar)
  • 2 sudu makan cili kisar
  • Kicap lemak manis
  • Kicap pekat
  • Kicap mee
  • Sos tomato
  • Sos tiram
  • Sedikit air
  • Perasa dan sedikit gula

Cara Memasak:

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga bertukar warna.
  2. Masukkan cili kisar dan biarkan mendidih.
  3. Setelah cili mendidih, masukkan semua bahan di atas kecuali mee. Biarkan kuah mendidih dan pastikan ia pekat.
  4. Masukkan mee dan gaul hingga sebati. Jika rasa tidak cukup hitam, tambahkan kicap pekat.
  5. Setelah semuanya sebati dan rasa sudah sesuai, boleh tutup api.

Kredit resipi dan gambar: Arieza Rieza, Neny Lai Han

Baca juga: Cara Buat Sizzling Yee Mee Ala Medan Selera. Kuah Sedap, Pekat & Cukup Rasa!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN