Teringin kek coklat, tapi pada masa yang sama nak juga makan puding karamel. Jika begitu, anda boleh buat Kek Coklat Puding Karamel yang mudah dengan cara kukus.
Ayu Hj Wan Muhammad telah kongsikan resipi kek ini di Facebook dengan langkah demi langkah yang mudah. Jom kita cuba!
Baca juga: Kek Pisang Karamel Yang Cantik Sempurna, Guna Resipi Ini Pasti Menjadi!
RESIPI KEK COKLAT PUDING KARAMEL
Bahan-bahan untuk puding:
- 1 tin susu cair
- ½ cwn gula
- 3 sudu besar susu pekat
- 4 biji telur A
- Sedikit esen vanilla
- 2 keping roti (buangkan tepi dan carik-carikkan)
Bahan-bahan untuk kek coklat:
- 5 biji telur
- 1 cawan gula
- 1 cawan susu pekat
- ¼ cawan susu cair
- ½ cawan air panas
- 1 cawan minyak
- Secubit garam
- 1 cawan serbuk koko
- 1 sudu teh baking powder
- 1¾ cawan gandum
- 1 sudu teh soda bikarbonat
Cara-cara membuat adunan puding:
1. Masukkan semua bahan ke dalam mesin pengisar dan kisar sampai halus.
2. Tapiskan ke dalam loyang karamel tadi.
3. Panaskan pengukus sehingga air mendidih dan kukus selama 20 hingga 25 minit.
Sementara tunggu puding masak, boleh buat kek coklat pula.
Cara-cara membuat adunan kek coklat:
1. Mix telur sampai kembang dan masukkan gula, kemudian mix lagi.
2. Sambil-sambil itu, masukkan susu pekat dan susu cair, kemudian mix sampai pekat.
3. Masukkan tepung gandum yang telah diayak bersama serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat tadi.
4. Masukkan telur sedikit demi sedikit ke dalam mixer dengan kelajuan perlahan.
5. Masukkan minyak dan air panas, kemudian kacau sebati.
Cara-cara membuat kek coklat puding karamel:
1. Masukkan adunan kek coklat ke dalam puding yang sudah siap dikukus tadi.
2. Selepas itu, kukus lagi selama 1 jam. Setelah sejuk, boleh potong. Siap untuk dinikmati!
Kombinasi rasa kelembutan puding bersama kelembapan kek akan buat anda seronok menikmatinya. Jika tiada idea pencuci mulut, boleh buat resipi ini.
Selamat mencuba!
Sumber: Ayu Hj Wan Muhammad
Baca juga: Resepi Kek Karamel Pelangi Sukatan Cawan, Hasil Cantik Bila Dipotong!