resepi skewer ayam

Kalau tekak terasa nak makan makanan ‘western’, bolehlah cuba resepi skewer ayam garlic parmesan ini.

Ia seakan sate ayam kerana isi ayam dipotong kecil dan dicucuk pada lidi, tapi bahan perapannya tak sama.

Selain itu, keunikan resipi ini terletak pada sapuan ‘butter garlic’ yang menambah rasa ‘buttery’ dan harum pada ayam.

Jika ada yang ingin mencuba, jom lihat apakah bahan yang diperlukan serta cara penyediaannya di bawah.

Baca juga: Buat Sendiri Sate Ayam Homemade, Puas Hati Boleh Dapat Banyak Cucuk!

RESEPI SKEWER AYAM GARLIC PARMESAN

resepi skewer ayam

Bahan-bahan:

  • Isi ayam (dipotong kecil-kecil)
  • 2-3 sudu besar olive oil
  • 3 sudu besar serbuk keju parmesan
  • 3 ulas bawang putih (dicincang halus)
  • Sedikit serbuk lada hitam
  • Sedikit serbuk paprika
  • 1/2 buku butter (separa lembut dan cair)
  • Garam (jika guna unsalted butter)
  • Parsley segar (dicincang halus) atau herba kering
  • Minced garlic (bawang putih cincang halus)
  • Lidi untuk cucuk ayam
  • Keju parmesan (untuk taburan, jika suka)

Cara-cara:

Step A: Perap isi ayam

  1. Dalam mangkuk, masukkan isi ayam yang telah dipotong kecil-kecil.
  2. Tambahkan 2-3 sudu besar olive oil, 3 sudu besar serbuk keju parmesan, 3 ulas bawang putih cincang, sedikit serbuk lada hitam dan sedikit serbuk paprika.
  3. Gaul rata dan perap selama setengah jam hingga 1 jam. Kemudian, letakkan ayam perap tersebut ke tepi.

Step B: Sediakan garlic butter

  1. Cairkan setengah buku butter separa lembut, supaya senang untuk dicampurkan.
  2. Jika menggunakan unsalted butter, tambahkan sedikit garam.
  3. Cincang halus parsley segar dan masukkan ke dalam butter. Jika tiada parsley segar, boleh gunakan herba kering.
  4. Masukkan minced garlic (bawang putih cincang halus).
  5. Gaul semua bahan hingga sebati dan letakkan ke tepi.

Step C: Bakar skewers

  1. Panaskan oven pada suhu 220°C. Sementara itu, cucuk ayam yang telah diperap menggunakan lidi dan susun di atas tray oven.
  2. Bakar ayam dalam oven selama 25 minit (bergantung pada ketuhar masing-masing).
  3. Pada tengah-tengah masa (lebih kurang 15 minit), buka oven dan sapu garlic butter pada ayam.
  4. Bakar sehingga ayam masak sepenuhnya dan sedikit garing. Jika suka, taburkan lagi keju parmesan pada ayam pada waktu ini.
  5. Setelah masak, sapu lagi garlic butter pada ayam untuk memberi rasa lebih padu.
  6. Siap! Makan panas-panas memang layan.

Sumber: Syalfarina Razali

Baca juga: Cara Buat Sate Ayam & Daging Guna Air Fryer, Ada Rahsia Hasil Berkilat!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN