Cara Kilatkan Dapur Seperti Baru, Lelaki Kongsi Guna 3 BAHAN Ini .
Dah nak masuk musim raya ini, mestilah nak dapur kita cantik dan nampak seperti baru walaupun dah bermacam lauk sudah dimasak.
Sebab biasanya dapur di rumah jarang bersih begini, pasti akan ada kesan minyak hitam yang melekit selain sisa sisa masakan yang melekat di celah dapur.
Baca juga: Rebus Nasi Impit Jimat Gas & Elektrik, Wanita Ini Kongsi PETUA
Melihat perkongsian lelaki ini yang dapurnya berkilat macam baru, ramai yang tertanya-tanya apa tip yang digunakan.
Supaya dapur di rumah kita pun bersih begini, ini tip yang dikongsi oleh Dapur Pak San.
CARA KILATKAN DAPUR SEPERTI BARU
Ramai bertanya dan nak tahu cara untuk kilatkan dapur seperti baru. Guna cara ini supaya dapur bersih, berkilat macam baru;
1. Tabur baking soda dan garam atas dapur.
2. Kemudian sabun cecair cuci pinggan. Lumur seluruh bahagian dapur supaya bahan tadi kena semua tempat.
3. Selepas sapu rata, tutup bahagian dapur yang dilumur tadi guna tisu dapur.
4. Kemudian tuang cuka, pastikan cuka meresap dan basah. Biarkan dalam 1 jam, selepas itu buka dan gosok guna besi pengosok periuk. Insya-Allah kotoran degil atas dapur senang bersih.
Mudah je rupanya, tak perlu dah nak upah tukang cuci, kita pun boleh buat sendiri guna bahan-bahan yang di dekat dapur.
Nak bersihkan belakang kuali dan periuk pun boleh gunakan cara yang sama.
Semoga bermanfaat!
Baca juga: Hilangkan Bau Hamis Daging Segar Guna RAHSIA Ini, Baru Sedap Masak Rendang Dan Sup