cara buat nasi frozen

Terdapat banyak tips memasak yang berguna untuk dipraktikkan pada bulan puasa ini. Salah satunya adalah cara buat nasi frozen ini.

Cara ini sangat berguna, terutama untuk mereka yang bujang atau sibuk bekerja. Anda tidak perlu lagi memasak nasi setiap hari.

Dengan adanya nasi frozen ini, anda hanya perlu panaskan sahaja. Hasilnya, nasi akan menjadi lembut seperti baru dimasak.

Jika ingin tahu bagaimana caranya, mari baca artikel ini dengan lebih lanjut.

Baca juga: Nasi Goreng Butter Telur, Resipi Terlajak Sedap Tapi Cepat Dimasak!

CARA BUAT NASI FROZEN & TEKNIK PANASKAN SEMULA

Cara buat nasi beku:

1. Masak nasi seperti biasa. Setelah nasi masak, biarkan ia sejuk sepenuhnya.

2. Gunakan mangkuk kecil untuk menyukat nasi dan guna plastik untuk balut nasi.

3. Isikan nasi ke dalam mangkuk sehingga penuh. Tekan nasi dengan lembut supaya ia mampat dan tidak berterabur ketika dibalut.

4. Terbalikkan mangkuk yang berisi nasi ke atas plastik wrap. Kemudian, balut nasi dengan kemas.

5. Ulang proses ini sampai semua nasi habis.

6. Susun nasi yang sudah dibalut dalam satu bekas supaya mudah diambil nanti.

7. Simpan dalam peti sejuk beku (freezer) untuk memastikan nasi tahan lebih lama.

cara buat nasi frozen

Cara panaskan nasi beku:

1. Ambil satu balutan nasi yang telah dibekukan.

2. Keluarkan nasi dari plastik pembalut dan letakkan dalam pinggan atau bekas tahan panas.

3. Panaskan nasi menggunakan microwave selama 2-3 minit, atau sehingga nasi benar-benar panas. Anda boleh menambah sedikit air (1-2 sudu) sebelum memanaskan untuk memastikan nasi tidak terlalu kering.

4. Selain cara ini, anda juga boleh kukus nasi beku dalam pengukus selama 10-15 minit sehingga nasi panas dan lembut semula.

5. Pastikan nasi dipanaskan dengan rata sebelum dihidangkan.

Video penuh:

@itslilykamal

Tak payah masak NASI hari-hari! Simpan sekali, boleh makan seminggu terus. Try cara ni, balut dan masuk dalam freezer lepastu nak makan panaskan je pakai microwave ✨💅🏻 #homecooking #homedecor #fyp

♬ Mozart Minuet with violin(815356) – 松本一策

Sumber: TikTok itslilykamal

Baca juga: Cara Masak Nasi Lemak Yang Lembut, Wangi & Cantik Sebiji-Sebiji, Mudah Je!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN