bau hamis daging

Susah nak hilangkan bau hamis daging setiap kali nak buat juadah? Bukan itu sahaja, masakan pula akan sedikit berbau kurang enak jika tidak dibersihkan dengan betul. Lebih-lebih lagi jika membeli daging lembu segar. 

Setiap kali ada aktiviti kenduri atau perayaan, mesti akan memasak juadah seperti barbeque, rendang atau sup. Memang terputus selera kalau termakan daging yang masih berbau hamis.

Baca juga: Cara Betul Simpan Daging Korban, Tahan Lama & Kekal Segar 

Sekarang tak perlu risau, MyResipi ingin kongsikan rahsia dan petua dari Encik Roslan Mamak Haji untuk hilangkan bau hamis daging dalam masakan. 

Anda boleh mencubanya nanti.


CARA HILANGKAN BAU HAMIS DAGING SEGAR

bau hamis daging

Bahan-bahan:

  • Daging
  • 3 sdb tepung gandum
  • 2-3 helai daun nangka

Cara-caranya:

1. Bersihkan daging dan potong mengikut saiz yang sesuai untuk jenis masakan anda.

2. Masukkan ke dalam bekas dan tabur tepung gandum. Masukkan juga daun nangka yang telah direnyuk-renyuk sedikit. Gaul rata dan biarkan dalam 30 minit hingga 1 jam.

3. Bersihkan daging dan toskan hingga kering sebelum dimasukkan ke dalam juadah anda.

4. Hasilnya, daging tidak akan berbau malah lebih cepat empuk bila ingin memasak juadah yang diinginkan.


CARA HILANGKAN BAU HAMIS DAGING KAMBING

Bau hamis daging kambing pula biasanya dihasilkan oleh lemak dan juga myoglobin – sejenis cecair merah yang selalu dianggap darah.

Cara untuk hilangkannya:

1. Peram semalam dengan pes halia, bawang putih, yogurt dan rempah kari daging. Simpan dalam peti sejuk.

2. Cara yang lain, ambil beberapa helai pucuk daun jambu batu dan ramas dengan sedikit air. Kemudian toskan. Curahkan air yang ditos tadi diatas daging dan ramaskan. Biarkan sekejap dan bilas beberapa kali. Tumbukkan sedikit halia dengan bawang putih dan perapkan pada daging seketika. Kemudian cuci bersih dan masak seperti biasa.


Mudah saja kan? Hanya guna bahan-bahan yang ada di dapur sahaja. Ada juga orang guna air kelapa untuk rendaman daging dalam masa setengah jam sebelum dibilas dengan air.

Daging pun mudah masak dan lembut. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua. Selamat mencuba!

Baca juga: Asam Pedas Daging Tetel ‘Gerenti’ Sedap, Sampai Menjilat Jari Dibuatnya!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN