tomyam pekat

Setiap kali ke restoran masakan Thailand pasti wajib order menu Tomyam pekat mereka. Isian dalam tomyam tersebut ringkas saja tapi rencah kuahnya itu yang membuatkan rasa lebih enak.

Rupanya boleh buat sendiri Tomyam pekat ala Thai di rumah. Kalau ada yang nak cuba boleh ikuti resipi perkongsian oleh Siti Husni di bawah. Ringkas tapi sedap, persis macam di restoran Thai. Nak lagi ngam, wajib ada telur dadar garing.

Cara Buat Tomyam Pekat Ala Thai

Bahan-bahan:

  • Pes tomyam brand maepranom dan tom yum kung

  • Cili kisar 3 sudu
  • Santan/ susu cair
  • Sos ikan/kicap sotong
  • Sos tiram

  • Ayam/udang/sotong
  • Bawang putih, bawang holland, lengkuas, serai,
  • Cabai melaka
  • Limau nipis
  • Daun ketumbar
  • Sayur bunga kobis/carrot/cendawan/anak jagung

 Cara-cara memasak:

  1. Tumis cili kisar sampai pecah minyak. Masukkan pes tomyam dalam 4 hingga 5 sudu besar. Masuk sos tiram dalam 1 sudu besar. Masukkan serai.
  2. Masukkan ayam/udang/ sotong. gaul sebati.
  3. Tuangkan air dalam 3 hingga 4 cawan.
  4. Masukkan semua lengkuas, bawang putih, cabai melaka, tomato, akar ketumbar, renehkan sekejap.
  5. Perasakn dengan kicap sotong sampai cukup rasa.
  6. Masukkan sayur sayuran, daun limau purut dan daun ketumbar. Masukkan susu cair atau santan.
  7. Akhir sekali bila dah mendidih, perahkan air limau nipis sehingga cukup rasa.

Siap!

Kredit: Siti Husni

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN