sandwic telur ekspres

Jom cuba buat sandwic telur ekspres menggunakan microwave ini. Dalam masa 3 minit, anda boleh menghasilkan sandwic yang sedap dan lazat!

Biasanya bila kita buat sandwic telur ni, kita hanya menggunakan telur, mayonis dan roti saja kan? Jika ikut resipi ini, anda perlu tambah satu bahan lagi iaitu keju mozarella.

Jika ditambahkan keju ini, sandwic anda lebih pekat dan likat serta tidak mudah terkeluar dari roti. Barulah tak comot bila makan.

Baca juga: Sandwich Cheesy Beef Slice Air Fryer, Hanya Guna 4 Bahan Je, Jimat Masa!

Resipi Sandwic Telur Ekspres Guna Microwave

Berikut merupakan perkongsian oleh Encik Kamarul Ariffin Nor Sadan:

Bahan-bahan:

  • 1 butir telur
  • 2 keping roti
  • 1 sudu besar mentega
  • 1 sudu besar mayonis
  • 2 sudu besar keju mozarella
  • Garam secukup rasa

Cara-cara:

1. Masukkan 150-200ml air panas dalam cawan, pecahkan telur di dalam air berkenaan. Kita nak masak gunakan microwave. Pecahkan kuning telur sikit kalau bimbang ia meletup.

2. Kalau gunakan air panas, tetapkan masa dalam 1 minit. Kalau gunakan air suhu bilik, tetapkan masa dalam 1 ½ hingga 2 minit. Masa ni sebenarnya bergantung pada gred telur, isipadu air, dan jenis microwave yang digunakan.

3. Toskan telur yang dah masak. Hati-hati, panas! Apapun, tengok telur tu. Elok kejadiannya kan?

4. Sewaktu masih panas, masukkan mentega supaya mudah ia nak mencair. Nak letak marjerin? Silakan. Tak nak letak? Pun boleh. Terpulang pada selera masing-masing.

5. Masukkan mayonis. Tak perlu banyak sangat.

6. Akhir sekali masukkan keju mozarella yang diparut. Nak gunakan kepingan keju cheddar pun boleh sahaja. Saya gunakan mozarella sebab dia mudah cair dan boleh “ditarik”.

7. Gaulkan sehingga tahap hancur yang kalian mahukan. Ada orang suka telurnya tu hancur halus-halus, ada suka kasar-kasar. Saya nak buat kasar sedikit supaya ada “bite” bila makan nanti.

sandwic telur ekspres

8. Letakkan atas roti. Isi sandwich ni pekat dan likat sebab ada keju, jadi bila makan nanti ia tak mudah berterabur keluar.

9. Lihat warna isi sandwic ni. Menarik kan? Tak pucat lesi macam sandwic telur biasa tu. Yang ini, tengok pun dah menyelerakan.

sandwic telur ekspres

10. Potong 4.

11. Rasa dia lebih menyerlah daripada sandwic telur biasa kerana ditambah keju mozarella. Tetapi masa dan cara penyediaannya lebih ringkas. Tak perlu basuh periuk atau kuali.

sandwic telur ekspres

Selamat menjamu selera!

sandwic telur ekspres

Kredit: Kamarul Ariffin Nor Sadan

Baca juga: Buat Sendiri Sandwich Chicken Crispy, Puas Hati Letak Isi Banyak

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN