daun betik

Daun betik kaya dengan nutrisi dan sering dijadikan ulam. Walau bagaimanapun, rasa pahit yang terdapat pada daun ini susah diterima oleh sesetengah orang.

Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan beberapa petua yang boleh anda gunakan untuk mengurangkan rasa pahit.

Dengan mengikuti langkah-langkah yang disenaraikan, anda boleh menikmati daun ini tanpa perlu risau tentang rasa pahitnya.

Baca juga: Resipi Pucuk Ubi Sambal Kering, Ada Rahsia Supaya Garing & Tak Liat Bila Kunyah

CARA HILANGKAN PAHIT DAUN BETIK

Berikut merupakan beberapa petua untuk menghilangkan pahit daun betik. Anda boleh memilih mana-mana satu petua seperti yang disenaraikan di bawah:

  1. Rebus bersama daun senduduk.
  2. Buang air rebusan pertama dan rebus semula dengan air baru.
  3. Rebus bersama daun pucuk ubi dan 1 sudu gula.
  4. Rebus bersama asam keping dan sedikit garam.
  5. Rebus bersama daun mengkudu besar.
  6. Rebus dengan daun jambu.
  7. Rebusan pertama guna air biasa dan rebusan kedua dengan air kelapa.

Namun begitu, ada orang lebih suka menikmati daun ini secara pahit. Dikatakan rasa pahit itu mempunyai banyak khasiat. Antara kebaikannya adalah seperti berikut:

  • Membantu pencernaan protein dan mengatasi sembelit
  • Meningkatkan sistem imun badan
  • Meredakan demam, termasuk demam berdarah
  • Mengatasi jerawat dan ruam apabila digunakan secara luaran
  • Memiliki potensi melawan kanker (memerlukan kajian lanjut)
  • Membantu menurunkan kadar gula darah
  • Menyokong kesihatan dan detoksifikasi hati
  • Menyokong kesihatan jantung dengan kandungan antioksidan

Sumber petua dan gambar: Sahedatul Mohddesa, Rashidah Dan

Baca juga: Cara Betul Celur Pucuk Ubi, Barulah Kekal Hijau Menawan & Nampak Segar

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN