Viral di TikTok tentang resepi Cloud Bread ini kerana warna rotinya yang sangat cantik dengan menggunakan tiga bahan sahaja. Sangat menarik kan? Cloud Bread atau orang kita panggil Roti Awan yang gebu gebas ini merupakan sejenis roti yang manis dan menggunakan bahan yang sama seperti pavlova. Jom cuba menu yang dikongsikan oleh Julia Aleen Aireish di Cookpad!

PENULIS

najahnurul

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

CLOUD BREAD

Viral di TikTok tentang resepi Cloud Bread ini kerana warna rotinya yang sangat cantik dengan menggunakan tiga bahan sahaja. Sangat menarik kan? Cloud Bread atau orang kita panggil Roti Awan yang gebu gebas ini merupakan sejenis roti yang manis dan menggunakan bahan yang sama seperti pavlova. Jom cuba menu yang dikongsikan oleh Julia Aleen Aireish di Cookpad!

BAHAN-BAHAN
  • 3 biji putih telur

  • 30 gram gula kastor

  • 10 gram tepung jagung

Kredit : Julia Aleen Aireish

CARA PENYEDIAAN
  • Pukul putih telur di dalam bekas dan masukkan gula kastor.

  • Masukkan tepung jagung, putar sehingga gebu kental (meringue). Jika suka, bahagikan kepada dua bahagian, warnakan dengan warna kesukaan.

  • Lapik loyang dengan baking paper, sudukan adunan seperti membukit. Tabur chocolate rice di atasnya.

  • Bakar 30-35 minit, suhu 160C atau bergantung pada oven masing-masing. Keluarkan dari oven dan sedia dinikmati.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.