cara goreng ayam

Seorang pengguna Facebook, Puan Sakinah Hamid berkongsikan cara goreng ayam yang bau harum semerbak satu rumah. Difahamkan resipi ini dipelajari dari ibu mentuanya.

Bila ditanya, ramuan rahsianya adalah garam dan kunyit yang ditumbuk dengan beberapa bahan lain. Kemudian, bahan tumbuk dilumur pada ayam dan diperapkan seketika sebelum digoreng.

Berikut merupakan perkongsian lengkap oleh Puan Sakinah Hamid:

“Mak mertua goreng ayam bau semerbak satu rumah, rasa pun sedap. Bila tanya rupanya garam kunyit tu ada ramuannya.

Kalau kat kelantan memang ada jual ramuan garam kunyit ni kat kedai. Boleh lah cuba kalau tak sempat buat sendiri.”

Baca juga: Resipi Ayam Goreng Berempah Yang Wangi, Ikut Cara Ini Supaya Banyak Serdak

CARA GORENG AYAM RESIPI MAK MENTUA

Bahan-bahan yang diperlukan:

Cara memasak:

1. Tumbuk bawang putih dengan kunyit hidup. Tambah dengan garam dan kunyit debu.

2. Kaup bahan tumbuk dan lumur sehingga rata pada ayam.

cara goreng ayam

3. Perapkan seketika sebelum mula menggoreng ayam tersebut.

4. Selepas selesai diperap, goreng ayam sehingga garing.

5. Sedia untuk menjamu selera bersama nasi panas. Memang membuka selera! Selamat mencuba.

Kredit resipi dan gambar: Sakinah Hamid

Baca juga: Resipi Ayam Goreng Honey Garlic Ala Korea, Makan Licin Sampai Ke Tulang

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN